Anak Daim didakwa di mahkamah gagal isytihar saham

April 7, 2026 · Isu semasa

Seorang anak kepada bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Daim Zainuddin, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan gagal mengisytiharkan pegangan saham dalam lima syarikat, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Asnida, 60, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad.

“Minta bicara,” katanya ringkas di mahkamah.

Berdasarkan pertuduhan, Asnida didakwa dengan sengaja memberikan pernyataan bertulis bersumpah yang tidak mematuhi terma notis di bawah Seksyen 36(1)(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Notis tersebut dihantar kepadanya pada November 2023 oleh pegawai SPRM berpangkat Pesuruhjaya atau lebih tinggi.

Dia didakwa gagal mengisytiharkan pegangan saham dalam lima syarikat iaitu Amiraz Sdn Bhd, Arida Farms Sdn Bhd, Kangkung Catering Sdn Bhd, Transgrade Sdn Bhd dan Gajah3 Foods Sdn Bhd.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya pada Disember 2023.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun serta denda maksimum RM100,000 mengikut Seksyen 36(2) akta sama.

Sehari sebelum pertuduhan, Asnida hadir ke Ibu Pejabat SPRM bersama peguamnya dan memberi keterangan selama hampir lima jam.

Namun, tiga lagi anak Allahyarham Daim tidak hadir untuk dirakam keterangan seperti dijadualkan dan dipercayai berada di luar negara.

Sumber turut memaklumkan seorang individu yang mempunyai hubungan rapat dengan keluarga tersebut juga berdepan tindakan serupa oleh pihak berkuasa.

Terdahulu, SPRM mengeluarkan Notis Kesan Individu terhadap empat anak Allahyarham Daim selepas mereka didakwa gagal memberi maklum balas serta tidak mematuhi dua notis rasmi berkaitan perisytiharan aset.

Kes ini merupakan sebahagian daripada siasatan di bawah Ops Godfather, iaitu operasi yang memfokuskan kepada dakwaan pemilikan aset dan syarikat luar pesisir yang dikaitkan dengan Daim, ahli keluarga serta rangkaian perniagaannya.

Siasatan dijalankan di bawah beberapa peruntukan undang-undang termasuk Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001.

Berita berkaitan
Rafizi dipanggil ke SPRM pada Isnin beri keterangan
2 jam lalu· Politik
Projek RM1.1 bilion: Bekas pembantu Rafizi sambung beri keterangan esok
April 28, 2026· Isu semasa
Parti Amanah nafi terlibat dalam isu dana zakat
April 28, 2026· Politik
SPRM ambil keterangan bekas pembantu Rafizi esok
April 27, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh 61 tikaman: Mangsa baharu seminggu sambung semester baharu
3 jam lalu · Isu semasa
Global Sumud Flotilla: 10 rakyat Malaysia sudah dibebaskan
3 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh 61 tikaman: Empat individu direman Polis Kelantan
3 jam lalu · Isu semasa
Kesan krisis bekalan global dijangka dirasai sebulan dua lagi: Tengku Zafrul
22 jam lalu · Isu semasa
Majikan diseru lebih prihatin terhadap pekerja: PMX
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok