Jangan hanya semasa senang saja nak bersama dengan BN: Zahid

April 18, 2026 · Politik

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi memberi peringatan tegas kepada rakan politik agar tidak mempergunakan gabungan itu demi kepentingan sementara, sebaliknya menuntut kesetiaan yang berterusan dalam kerjasama.

Ahmad Zahid menegaskan sikap hanya mendekati BN ketika susah dan menjauh apabila keadaan stabil tidak mencerminkan hubungan politik yang jujur.

“Apabila sesak cari kita, bila selesa lupakan kita, itu bukan kawan. Itu ambil kesempatan,” katanya semasa berucap ketika Perhimpunan Agung Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

“BN tidak akan berkawan dengan pihak yang hanya tahu mengambil peluang tanpa kesetiaan,” ujarnya.

Menurutnya, prinsip setia dalam gabungan politik perlu konsisten tanpa mengira situasi.

“Kesetiaan mesti sama di belakang dan di depan, siang atau malam. Itu barulah makna setia,” katanya lagi.

Ahmad Zahid turut menyentuh budaya lompat parti atau menukar pendirian politik yang disifatkannya sebagai tanda tidak berprinsip.

Katanya, tindakan keluar masuk gabungan secara kerap hanya melemahkan kepercayaan dalam kerjasama politik.

“Jangan sekejap keluar, sekejap masuk, kemudian patah balik,” ujarnya tanpa merujuk mana-mana pihak secara khusus.

Berhubung isu MIC, beliau menjelaskan kedudukan parti tersebut masih masih kekal bersama BN dan walaupun timbul spekulasi mengenai penyertaan parti itu dalam gabungan lain, MIC sendiri telah menafikan perkara tersebut.

“Walaupun ada dakwaan wujud surat kepada PN (Perikatan Nasional), mereka menafikan pernah memohon untuk menyertai gabungan itu,” katanya lagi.

Isu kesetiaan parti komponen menjadi perhatian sejak kebelakangan ini susulan landskap politik negara yang semakin dinamik selepas pilihan raya umum lalu.

Sebelum ini, Timbalan Presiden MIC, M. Saravanan menyatakan parti itu kekal bersama BN buat masa ini, namun masih menilai kedudukannya dalam kerjasama politik semasa.

Berita berkaitan
PRN Melaka: PAS nafi akan umum calon sepentas dengan BN
12 jam lalu· Politik
Kerajaan terus buru aset 1MDB walaupun Najib diampunkan
17 jam lalu· Politik
Ismail Lasim nafi letak jawatan MB Negeri Sembilan
October 22, 2026· Politik
PRN Melaka: Zahid sahkan BN tanding 21 kerusi, DUN beri PAS tujuh
October 21, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rafizi mahu saman Ramanan susulan kenyataan media
12 jam lalu · Politik
AGC bawa kes pembatalan pendaftaran PN ke Mahkamah Rayuan
13 jam lalu · Politik
DUN Sarawak bubar 26 Oktober ini, beri laluan PRN diadakan
13 jam lalu · Politik
Abang Johari panggil sidang media khas, DUN Sarawak bakal bubar?
17 jam lalu · Politik
Mahkamah gantung notis batal pendaftaran PN
October 22, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok