Kes bunuh.
Empat individu termasuk dua warga emas dibawa ke Kompleks Mahkamah Kota Bharu pagi ini bagi permohonan tahanan reman berhubung kes pembunuhan seorang penuntut kolej wanita yang ditemukan dengan 61 kesan tikaman di Ketereh.
Kesemua suspek, terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 19 hingga 66 tahun, tiba sekitar jam 8.40 pagi. Polis memohon perintah reman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.
Ketua Polis Kelantan Mohd Yusoff Mamat, berkata pihaknya menahan kesemua suspek dalam beberapa serbuan berasingan di sekitar Taman Murni dan Kampung Belukar Luas.
“Penahanan dibuat antara petang semalam hingga awal pagi tadi bagi membantu siasatan kes ini,” katanya dipetik laporan media.
Kes ini mencetuskan perhatian ramai susulan penemuan mayat mangsa di tepi jalan di Ketereh pada tengah malam.
Mangsa, yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri ketika ditemui, dikenal pasti melalui cap jari oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
Menurut polis, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya dibuang di tempat kejadian.
Hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian adalah akibat kecederaan tikaman berganda, terutamanya di bahagian dada.
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk tampil membantu siasatan.
“Kerjasama masyarakat amat penting bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan,” ujar Mohd Yusoff.
Global Sumud Flotilla: 10 rakyat Malaysia sudah dibebaskan
Kesan krisis bekalan global dijangka dirasai sebulan dua lagi: Tengku Zafrul
Majikan diseru lebih prihatin terhadap pekerja: PMX
Anwar rayu sokongan rakyat hadapi tekanan ekonomi
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan