Adam Radlan dibebaskan daripada pertuduhan berkaitan kes Jana Wibawa

August 20, 2025 · Politik

Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini daripada lima pertuduhan rasuah dan tujuh tuduhan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan program Jana Wibawa.

Pembebasan itu dilakukan selepas ahli politik itu membayar kompaun berjumlah RM4.1 juta pada Isnin lalu, menurut laporan portal berita.

Timbalan Pendakwa Raya, Farah Yasmin Salleh, memaklumkan kepada Hakim Suzana Hussin pihak pendakwaan sudah menerima surat representasi daripada Adam yang menawarkan untuk membayar kompaun di bawah Seksyen 92(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA).

Pada Februari 2023, Adam telah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan meminta rasuah berbentuk wang tunai antara 3.5 hingga tujuh peratus daripada nilai projek pembinaan jalan bernilai RM47.8 juta daripada Pengarah Urusan MIE Infrastructure & Energy Sdn Bhd, Mat Jusoh Mamat.

Beliau juga didakwa menerima rasuah berjumlah RM500,000 daripada individu yang sama sebagai dorongan untuk membantu syarikat tersebut mendapatkan projek berkenaan daripada kerajaan melalui rundingan terus.

Projek tersebut melibatkan pembinaan laluan dari Jalan Sungai Adam ke Kampung Banat di Perlis.

Kesemua kesalahan tersebut didakwa berlaku di sebuah restoran di Dutamas, Kuala Lumpur dan di cawangan CIMB Bank Bukit Tunku di Taman Tunku, Kuala Lumpur antara Mac 2021 dan November 2021.

Adam turut berhadapan dengan dua pertuduhan menerima suapan berjumlah RM4.1 juta daripada Lian Tan Chuan dan Mat Jusoh bagi membantu Nepturis Sdn Bhd dan MIE memperoleh dua projek yang sama di bawah program Jana Wibawa.

Beliau juga mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan meminta rasuah RM2 juta daripada Lian sebagai dorongan untuk membantu Nepturis mendapatkan projek berkaitan Jana Wibawa.

Kelima-lima pertuduhan rasuah itu difailkan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda sekurang-kurangnya lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.

Selain itu, Adam juga berhadapan dengan tujuh pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah lebih RM3 juta di bawah Seksyen 4(1)(b) AMLATFPUAA sebelum pembayaran kompaun dilakukan.

Berita berkaitan
DNAA: Zahid, AG dapat kebenaran cabar semakan kehakiman Badan Peguam
19 jam lalu· Politik
Aminuddin terkejut 10 Exco saman kerajaan Negeri Sembilan
22 jam lalu· Politik
Isu RM2.1 bilion KKDW: Akmal persoal laporan Guan Eng kepada SPRM
22 jam lalu· Politik
SPRM perlu teliti isu RM2.1 bilion projek jalan luar bandar: AMK
22 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
PH umum calon PRN Melaka minggu depan
14 jam lalu · Politik
Kemelut Exco: MB Negeri Sembilan minta selesaikan satu-satu
14 jam lalu · Politik
DUN Sarawak dijangka bubar November, PRN makin dekat
October 7, 2026 · Politik
10 ADUN Negeri Sembilan cabar pembatalan pelantikan Exco di mahkamah
October 7, 2026 · Politik
Tahanan rumah Najib: Pihak pengampunan tentukan syarat
October 7, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok