Agong zahirkan kekecewaan kes rasuah ATM, titah buru perasuah habis-habisan

January 19, 2026 · Isu semasa

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah kes rasuah yang membabitkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bukanlah isu terpencil, sebaliknya hanya sebahagian kecil daripada masalah yang lebih besar dan berakar dalam pelbagai sektor perkhidmatan awam negara.

Baginda menzahirkan keyakinan masih ramai individu terlibat dalam amalan rasuah di luar sana, termasuk dalam Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan Polis Diraja Malaysia, yang perlu dikesan dan dibawa ke muka pengadilan tanpa kompromi.

“Saya amat kecewa apabila berlakunya kes rasuah dalam Angkatan Tentera Malaysia sehingga ke peringkat tertinggi.

“Agaknya selepas ini saya terpaksa lantik sarjan sebagai Panglima Angkatan Tentera,” titah baginda ketika menyampaikan Titah Diraja pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Sultan Ibrahim, kes yang terdedah setakat ini hanyalah “sekelumit daripada segunung aisberg” dan pemburuan terhadap perasuah tidak seharusnya terhenti setakat beberapa individu sahaja.

“Saya yakin ada ramai lagi di luar sana, sama ada di kastam, imigresen, polis dan sebagainya, termasuk juga yang berada dalam dewan ini, akan diburu sampai jumpa,” titah baginda dengan nada tegas.

Dalam usaha memperkukuh perang terhadap rasuah, baginda turut menggesa kerajaan supaya menyediakan hakim yang berpengalaman serta mewujudkan laluan khas di mahkamah bagi memastikan perbicaraan kes rasuah dapat diselesaikan dengan lebih pantas dan berkesan.

Langkah itu, menurut baginda, penting bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap sistem keadilan negara.

“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mesti menjalankan siasatan dengan cepat, tegas dan sempurna tanpa mengira pangkat atau kedudukan,” titah baginda lagi.

Untuk rekod, isu rasuah dalam sektor awam terus menjadi perhatian rakyat, khususnya apabila melibatkan institusi keselamatan dan penguatkuasaan.

Titah Agong ini dilihat sebagai isyarat jelas bahawa agenda membanteras rasuah perlu digerakkan secara menyeluruh, konsisten dan tanpa pilih kasih, satu mesej yang selari dengan tuntutan generasi muda yang mahukan ketelusan dan akauntabiliti sebenar.

Berita berkaitan
Fuziah: Jangan gopoh adakan PRU-16 hanya kerana kepentingan politik
2 jam lalu· Politik
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
20 jam lalu· Isu semasa
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
21 jam lalu· Isu semasa
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
22 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
3 jam lalu · Isu semasa
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
17 jam lalu · Isu semasa
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
20 jam lalu · Isu semasa
Pegawai IT lesap RM20,000 ditipu tawaran ‘cash out’ BNPL
22 jam lalu · Isu semasa
Jerebu makin teruk IPU Serian cecah 521, Anwar bincang tindakan dengan Sarawak
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok