Akta Hasutan: Muhyiddin dibenar rujuk persoalan undang-undang ke Mahkamah Persekutuan

August 28, 2025 · Politik

Muhyiddin Yassin, berjaya dalam permohonannya untuk merujuk persoalan undang-undang berkaitan Akta Hasutan 1948 kepada Mahkamah Persekutuan.

Hakim Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan permohonan bekas perdana menteri itu mempunyai merit dan membangkitkan isu perlembagaan yang memerlukan penentuan mahkamah tertinggi itu.

Mahkamah juga memberikan penangguhan sementara prosiding perbicaraan kes hasutan Muhyiddin sehingga keputusan dibuat oleh Mahkamah Persekutuan.

Jamil berkata permohonan Presiden Bersatu itu memenuhi standard undang-undang untuk dirujuk.

“Soalan undang-undang yang ingin dirujuk adalah berkaitan langsung dengan kes ini, dan keputusan Mahkamah Persekutuan akan menyelesaikan perkara ini dengan pantas dan ekonomik.

“Soalan-soalan ini juga kompleks dan memerlukan pertimbangan mahkamah tertinggi. Bantahan pihak responden (Jabatan Peguam Negara) terhadap permohonan Muhyiddin adalah tanpa merit,” jelasnya dalam penghakiman ringkas hari ini.

Muhyiddin diwakili oleh peguam Amer Hamzah Arshad, manakala Timbalan Pendakwa Raya Razali Che Ani mewakili AGC.

Pada 4 April lalu, Muhyiddin memfailkan permohonan untuk merujuk soalan undang-undang berkenaan Akta Hasutan 1948, dengan mencabar kesahihan beberapa peruntukan akta tersebut.

Beliau sebelum ini mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membuat kenyataan hasutan ketika kempen pilihan raya kecil Nenggiri di Dewan Semai Bakti Felda Perasu, antara jam 10.30 malam dan 11.50 malam pada 14 Ogos tahun lalu.

Muhyiddin didakwa di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000, penjara maksimum tiga tahun, atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Berita berkaitan
Saifuddin bidas pembangkang sesama sendiri pun berpecah
10 jam lalu· Politik
AGC bawa kes pembatalan pendaftaran PN ke Mahkamah Rayuan
October 23, 2026· Politik
Isu penilaian hartanah TH, bekas CEO dan CFO dihadapkan ke mahkamah
October 22, 2026· Isu semasa
Abu Bakar kekal MB Perlis walaupun digantung keahlian Bersatu: Laporan
October 22, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
4 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Zahid mahu jentera BN terima PAS, alu-alukan kerjasama
4 jam lalu · Politik
BN umum 21 calon, Akmal dan Helmy kekal bertanding
4 jam lalu · Politik
PRN Melaka: PH umum 21 calon akan bertanding, Adly Zahari pertahan Bukit Katil
4 jam lalu · Politik
Pemimpin MCA keluar majlis pengumuman calon, bantah agihan kerusi di Melaka: Laporan
5 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok