Amirudin: Tunggu keputusan Speaker isu kelayakan ADUN bankrap

August 7, 2026 · Politik

Status seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor yang didakwa hilang kelayakan hanya akan diputuskan selepas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Lau Weng San, melengkapkan semakan termasuk mendapatkan pengesahan daripada Jabatan Insolvensi Malaysia.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata, Speaker akan memanggil ADUN terbabit bagi mendapatkan penjelasan sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan kedudukannya sebagai wakil rakyat.

“Saya percaya Speaker akan memanggil beliau dan membuat semakan dengan Jabatan Insolvensi serta pihak berkaitan supaya kedudukan sebenar dapat dipastikan.

“Selepas itu Speaker akan membuat pengumuman. Kuasa mengisytiharkan kekosongan kerusi terletak pada Speaker, manakala urusan pilihan raya di bawah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya selepas membentangkan Rancangan Selangor Kedua (RS-2) di Wisma DUN Selangor, hari ini.

Amirudin menegaskan sebarang spekulasi mengenai kekosongan kerusi DUN tidak wajar dibuat selagi proses semakan belum dimuktamadkan oleh Speaker yang mempunyai kuasa prerogatif dalam perkara itu.

Isu berkenaan tercetus selepas sebuah portal berita melaporkan kemungkinan Pilihan Raya Kecil (PRK) di Selangor susulan status kebankrapan seorang ADUN.

Namun, perkembangan terbaharu menyaksikan Mahkamah Tinggi di Shah Alam membatalkan Perintah Kebankrapan terhadap wakil rakyat terbabit selepas membenarkan permohonannya mengikut Seksyen 105 Akta Insolvensi 1967.

Dokumen perintah mahkamah yang diperoleh media menunjukkan perintah kebankrapan itu diketepikan sekali gus mengubah landskap spekulasi mengenai kemungkinan berlaku kekosongan kerusi DUN.

Mengikut peruntukan undang-undang, isu kelayakan seseorang wakil rakyat yang dikaitkan dengan kebankrapan perlu dinilai berdasarkan status perundangan semasa.

Sehubungan itu, keputusan muktamad sama ada kerusi berkenaan kekal atau diisytiharkan kosong hanya akan diketahui selepas Speaker selesai membuat semakan dan mengumumkan pendiriannya.

Berita berkaitan
Amirudin jumpa Anwar esok, bincang kerjasama PH-BN di Melaka
August 22, 2026· Politik
DUN Negeri Sembilan lulus belanjawan tambahan RM40.35 juta
August 18, 2026· Isu semasa
AMK Selangor: PAS jangan sekadar cakap besar mahu tumbangkan PH
August 17, 2026· Politik
Wong Chen umum letak jawatan Ahli Parlimen Subang
August 10, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Mahu jawatan PM, UMNO perlu bersama dengan PN: PAS Selangor
8 jam lalu · Politik
Akmal sahkan Pemuda UMNO akan hadir Muktamar Pemuda PAS
10 jam lalu · Politik
Adam Adli: Rundingan BN-PH belum bermula, tapi masih terbuka
10 jam lalu · Politik
PAS dan Tebuk Atap 2.0: UMNO masih tak berganjak pilih Kerajaan Perpaduan
14 jam lalu · Politik
Marzuki: Keahlian Bersatu masih sah dalam PN
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok