Kedua-dua suspek, berusia 23 dan 34 tahun, terlibat dalam kes rampasan 35 kilogram (kg) ganja mampat dan sepucuk pistol.
Dua anak lelaki seorang doktor yang ditahan dalam operasi pengedaran dadah pada 5 Ogos lalu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi ini.
Kedua-dua suspek, berusia 23 dan 34 tahun, terlibat dalam kes rampasan 35 kilogram (kg) ganja mampat dan sepucuk pistol.
Suspek yang berusia 23 tahun akan didakwa di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman mandatori gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Selain itu, dia turut berhadapan dengan tudutan tambahan di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana memiliki senjata api tanpa kebenaran.
Operasi polis yang dijalankan pada 4.30 pagi di sebuah rumah banglo di Ketereh berjaya menahan tiga beranak, termasuk isteri doktor dan dua anak lelaki mereka.
Selain merampas sejumlah besar ganja mampat, polis turut menemui sepucuk pistol.
Menurut sumber, suspek utama yang berusia 34 tahun dipercayai telah mengendalikan kegiatan pengedaran dadah ini sejak tiga tahun lalu.
Ibu mereka, iaitu isteri doktor tersebut, juga didakwa mengetahui kegiatan haram anak-anaknya tetapi tidak melaporkan kepada pihak berkuasa.
Kedua-dua suspek tiba di Kompleks Mahkamah Kota Bharu pada jam 8.45 pagi di bawah pengawalan ketat polis.
Kes ini mendapat perhatian media memandangkan latar belakang keluarga suspek yang berasal daripada golongan profesional.
Iran tolak rundingan, Amerika beri amaran serangan lebih besar
Ringgit dijangka terus kukuh sekitar paras RM3.85: HSBC
Malaysia mahu gencatan senjata turut libatkan Lubnan: PMX
Malaysia kekal antara negara paling aman di dunia
Harga minyak RON95 kekal RM1.99, diesel dan RON97 naik
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan