Dua penyandang GRS bakal dipecat selepas bertanding bebas di Pintasan dan Kukusan

November 15, 2025 · Politik

Dua penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kini bertanding sebagai calon bebas selepas digugurkan oleh gabungan itu.

Di DUN Pintasan, Fairuz Renddan, yang juga penyandangnya, mengambil langkah berani itu walaupun sedar tindakannya akan mengakibatkan pemecatannya daripada parti komponen GRS, Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan).

Fairuz, 37, yang tiba di pusat penamaan calon diiringi penyokong setia, bakal berdepan saingan sengit daripada Presiden USNO, Pandikar Amin Mulia, yang diumumkan sebagai calon rasmi GRS.

Tindakan beliau bertanding bebas telah mendapat reaksi tegas daripada parti.

Setiausaha Agung Gagasan, Mohammad Razali Razi berkata mana-mana individu yang memilih untuk bertanding sebagai calon bebas akan dipecat serta-merta kerana melanggar arahan parti.

Fairuz sebelum ini memenangi kerusi Pintasan dengan majoriti tipis 84 undi.

Manakala di DUN Kukusan, satu lagi drama politik berlaku apabila penyandangnya, Rina Jainal, turut mengemukakan pencalonan sebagai calon bebas.

Tindakan beliau ini menyusuli pengumuman keluar daripada parti komponen GRS, Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS), baru-baru ini ekoran penggantungan tiga tahun yang dikenakan ke atasnya.

Rina kini akan berentap dengan calon rasmi GRS, Samsiah Usman, dalam pertandingan yang menyaksikan lapan lagi calon turut merebut kerusi tersebut.

Situasi di kedua-dua kerusi ini dijangka mencetuskan persaingan tiga penjuru yang amat sengit.

Berita berkaitan
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
4 jam lalu· Politik
PRN Melaka: Zahid mahu jentera BN terima PAS, alu-alukan kerjasama
4 jam lalu· Politik
BN umum 21 calon, Akmal dan Helmy kekal bertanding
4 jam lalu· Politik
PRN Melaka: PH umum 21 calon akan bertanding, Adly Zahari pertahan Bukit Katil
4 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Pemimpin MCA keluar majlis pengumuman calon, bantah agihan kerusi di Melaka: Laporan
5 jam lalu · Politik
Zahid: PN hanya dapat tujuh kerusi, tak layan tuntutan lebih-lebih
10 jam lalu · Politik
Saifuddin bidas pembangkang sesama sendiri pun berpecah
10 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Zahid jamin Ab Rauf kekal Ketua Menteri jika BN menang
14 jam lalu · Politik
Agihan kerusi Melaka: Khalid Samad sifatkan PAS jadi ‘macai’ BN
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok