Laluan UEC ke IPTA kekal dengan syarat lulus BM dan Sejarah: PMX

May 16, 2026 · Isu semasa

Kerajaan menegaskan kemasukan pelajar lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) masih tertakluk kepada syarat tertentu termasuk wajib lulus Bahasa Melayu dan Sejarah.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, syarat itu dikenakan sama seperti kepada pelajar dari sekolah antarabangsa, maahad tahfiz dan sekolah aliran Arab yang berada di luar sistem pendidikan kebangsaan.

“Kita syaratkan yang sama. Sekolah antarabangsa pun ada syarat yang sama, termasuk maahad tahfiz dan sekolah Arab. Sebab itu kita buat keputusan ini,” katanya ketika merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-55 di Ipoh pada Sabtu.

Menurut beliau, keputusan memberi laluan kepada pelajar UEC memasuki universiti awam dibuat selepas kerajaan memastikan prinsip asas pendidikan negara terus dipelihara.

Isu pengiktirafan UEC sering menjadi perdebatan sejak puluhan tahun lalu kerana sijil itu digunakan oleh sebahagian sekolah persendirian Cina dan tidak berada sepenuhnya di bawah sistem pendidikan kebangsaan.

Namun kerajaan melihat perkembangan semasa menunjukkan perubahan positif terutama dalam aspek integrasi nasional.

Anwar berkata, lebih 80 peratus pelajar daripada aliran UEC kini memilih menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sekali gus menunjukkan kesediaan untuk menyesuaikan diri dengan keperluan pendidikan negara.

Beliau turut mengimbau pengalaman ketika menjadi Menteri Pendidikan sebelum ini apabila usaha membincangkan pengiktirafan UEC berdepan kesukaran kerana jurang yang ketara antara sekolah persendirian Cina dan sistem pendidikan kebangsaan.

“Pada masa itu sekolah Cina ini terpisah langsung dengan landasan pendidikan kebangsaan. Ada pemimpin guru yang enggan bercakap sepatah pun dalam Bahasa Melayu,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata keadaan kini jauh berubah apabila wakil persatuan pendidikan Cina yang ditemui kebanyakannya fasih berbahasa Melayu dan lebih terbuka terhadap semangat perpaduan nasional.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad.

Berita berkaitan
PMX arah isu e-dagang ditangani segera
8 jam lalu· Isu semasa
Tiada syarat khusus untuk Ahli Parlimen meterai CSA : PMX
9 jam lalu· Politik
Dana Inovasi Media 2.0 diteruskan, lima skop pembiayaan ditawar: Fahmi
10 jam lalu· Isu semasa
CSA bukan tanda Bersatu sertai kerajaan, kekal pembangkang: Tun Faisal
10 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
PRN Melaka: SPRM buka bilik gerakan 24 jam, orang ramai boleh buat aduan
10 jam lalu · Isu semasa
MAPIM gesa tindakan tegas terhadap kempen kebencian susulan serangan di Kulai
10 jam lalu · Isu semasa
MCMC menang tuntutan RM15.32 juta terhadap MajuBina
10 jam lalu · Isu semasa
Dewan Rakyat lulus Belanjawan 2027, perbahasan masuk fasa kedua
15 jam lalu · Isu semasa
Kempen Internet Selamat fokus penguatkuasaan keselamatan digital: Fahmi
October 29, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok