MCMC dekati komuniti luar bandar melalui Karnival Internet Selamat di Sabah

May 16, 2026 · Isu semasa

Paitan menjadi daerah pertama di Sabah dipilih sebagai lokasi penganjuran Karnival Komuniti Kempen Internet Selamat 2026 anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi memperkukuh kesedaran masyarakat mengenai keselamatan siber dan penggunaan media sosial secara bertanggungjawab.

Program yang berlangsung di Dewan James Ratib, Pekan Botition itu dirasmikan Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, James Ratib sempena Sambutan Hari Kaamatan Daerah Paitan.

MCMC memaklumkan karnival berkenaan menjadi pembuka tirai kepada 20 siri jelajah komuniti yang akan diadakan di seluruh Sabah menerusi pendekatan turun padang, khususnya di kawasan luar bandar.

Menurut MCMC, usaha itu penting bagi memastikan masyarakat di negeri ini tidak tercicir daripada menerima pendedahan berkaitan ancaman siber termasuk penipuan dalam talian, buli siber dan eksploitasi kanak-kanak di internet.

“Kesedaran keselamatan internet perlu diperkasa kerana ancaman siber kini semakin membimbangkan dan melibatkan semua lapisan masyarakat, terutama golongan muda dan kanak-kanak,” menurut kenyataan itu.

Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti interaktif diadakan termasuk pameran agensi, sesi perkongsian keselamatan internet, aktiviti kekeluargaan serta advokasi komuniti.

Pendaftaran sukarelawan Wira Internet Selamat (WIS) turut dibuka bagi membantu menyebarkan mesej penggunaan internet secara selamat.

Berdasarkan statistik MCMC, sebanyak 5,455 aduan kandungan dalam talian direkodkan di Sabah sejak 2023 hingga Mei tahun ini. Daripada jumlah itu, kes penipuan dalam talian mencatat angka tertinggi dengan 1,500 kes.

Selain itu, kes buli siber dan pornografi kanak-kanak turut menunjukkan trend membimbangkan.

Di Sandakan sahaja, sebanyak 998 aduan diterima termasuk 384 kes berkaitan penipuan dalam talian.

Dalam usaha memperketat keselamatan digital, kerajaan turut menetapkan pengguna bawah 16 tahun tidak dibenarkan memiliki akaun media sosial secara bebas bermula pertengahan tahun ini.

Penyedia platform digital juga diwajibkan menyediakan fungsi kawalan ibu bapa bagi melindungi kanak-kanak dan remaja di alam maya.

Langkah itu selaras dengan pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) yang berkuat kuasa sejak 1 Januari lalu bagi memperkukuh perlindungan pengguna internet, terutama melibatkan kanak-kanak dan institusi keluarga.

Program berkenaan turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), serta berjaya menarik lebih 1,000 pengunjung.

Berita berkaitan
Pasukan khas pantau isu 3R menjelang PRN Johor, Negeri Sembilan
1 jam lalu· Politik
Fahmi nasihat Ketua Pengarah J-Kom agar berhati-hati di media sosial
2 jam lalu· Politik
Polis siasat dakwaan Rosmah terlibat pembelian hartanah mewah di AS
June 15, 2026· Isu semasa
Warga Rohingya tetap bayar caj rawatan, tiada subsidi diberikan: Dr Dzulkefly
June 15, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
RTM ambil langkah sekat akses VPN ke RTMKLIK
June 16, 2026 · Isu semasa
Anwar berlepas ke Rusia sertai Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN
1 jam lalu · Isu semasa
Onn Hafiz ubah jadual untuk hadir ke majlis bersama Loke
8 jam lalu · Isu semasa
Pelatih silat mengaku tidak bersalah hina institusi Agong
8 jam lalu · Isu semasa
Bekas pegawai NGO berdepan kes rasuah RM98 juta, 2 jam baca 158 pertuduhan
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
22 jam lalu
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok