Dr Muhamad Akmal Saleh.
Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam hari ini atas tuduhan mengeluarkan kenyataan yang didakwa berpotensi menimbulkan kegentaran dan kegusaran awam.
Tuduhan tersebut dibaca di hadapan Majistret Nurul Rashidah Mohd Akit, selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu yang hadir bersama pasukan peguamnya, diminta untuk mengaku bersalah atau tidak.
Menurut pertuduhan, beliau didakwa membuat kenyataan itu menerusi satu hantaran di platform media sosial pada kira-kira jam 3 petang, 11 Ogos tahun lalu.
Kenyataan tersebut didakwa mempunyai kemungkinan untuk mencetuskan kebimbangan dan ketakutan dalam kalangan orang awam.
Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan yang digunakan dalam pendakwaan ini merupakan undang-undang yang melarang perbuatan mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.
Jika disabitkan kesalahan, Akmal boleh menghadapi hukuman penjara maksimum dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan bagi pihak kerajaan dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri Pulau Pinang, Mohd Nordin Ismail. Manakala, Akmal diwakili oleh satu pasukan peguam yang diketuai oleh Aizat Azam.
Perbicaraan akan ditetapkan pada tarikh yang akan ditentukan kemudian.
PAS Terengganu cadang calon PM dari negeri itu
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
Pelantikan Ketua Audit Negara perlu bebas campur tangan politik: Syahredzan
Rundingan PAS-BN positif tapi belum muktamad
Amanah cadang PH bentuk ‘khemah besar’ hadapi PRU-16, kerjasama dengan Bersatu
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum