MIC sebelum ini membawa usul untuk keluar daripada Barisan Nasional (BN).
MIC dijangka bakal mengumumkan keputusan muktamad untuk meninggalkan Barisan Nasional (BN)hari ini, susulan ucapan dasar Presidennya, S.A. Vigneswaran, yang penuh teka-teki pagi tadi.
Pada Perhimpunan Agung MIC yang dihadiri 1,808 perwakilan, hari ini, Vigneswaran secara terbuka mempersoalkan kewibawaan dan relevansi BN pada masa kini.
Beliau mendakwa gabungan itu sudah tidak lagi mencerminkan semangat asal Perikatan yang diasaskan pada 1957.
“Kita harus bertanya: mengapa parti lain telah meninggalkan BN? Dan dalam hati kita, bolehkah kita percaya bahawa BN hari ini masih mencerminkan Perikatan yang asal?” soal Vigneswaran yang disambut dengan tepukan gemuruh para perwakilan.
Beliau turut meluarkan rasa tidak puas hati terhadap UMNO, komponen utama BN, dengan menyifatkan MIC sering diketepikan dalam proses membuat keputusan dan perundingan kerusi.
“Hari ini MIC tiada menteri, tiada GLC, tiada pelantikan signifikan. Kesetiaan lebih enam dekad bukan untuk dibuli, bukan untuk dipermainkan. Cukup sudah dibuli,” tegasnya lagi.
Seorang sumber dalaman MIC yang enggan dikenali mendedahkan bahawa ucapan presiden pagi tadi bukanlah sekadar retorik.
Sementara itu, sumber BN mengakui mereka sedang bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan, termasuklah pengunduran MIC.
Beberapa pimpinan BN dikatakan telah cuba memujuk MIC agar menangguhkan keputusan, namun nada tegas Vigneswaran menunjukkan keputusan mungkin sudah muktamad.
Jika pengumuman keluar dari BN benar-benar dibuat, ia merupakan tamparan besar buat gabungan itu, yang kini hanya tinggal UMNO dan MCA sebagai parti komponen pengasas.
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
PRN Melaka: PH umum 21 calon akan bertanding, Adly Zahari pertahan Bukit Katil
Pemimpin MCA keluar majlis pengumuman calon, bantah agihan kerusi di Melaka: Laporan
Saifuddin bidas pembangkang sesama sendiri pun berpecah
Agihan kerusi Melaka: Khalid Samad sifatkan PAS jadi ‘macai’ BN
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum