Mahfuz persoal kesediaan PAS terima Zahid sebagai PM

October 2, 2026 · Politik

Naib Presiden Parti Amanah, Mahfuz Omar mempersoalkan sama ada PAS bersedia menerima Ahmad Zahid Hamidi sebagai calon Perdana Menteri sekiranya gabungan UMNO dan PAS membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).

Beliau berkata persoalan itu timbul susulan pandangan penganalisis politik Ong Kian Ming yang menjangkakan Zahid berpotensi mendapat sokongan dari Sabah dan Sarawak sekiranya Barisan Nasional (BN) dan PAS/Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan selepas PRU-16.

Menurut Mahfuz, pendirian PAS terhadap Zahid wajar dijelaskan secara terbuka memandangkan parti itu sebelum ini pernah mempersoalkan kedudukan Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika beliau berdepan 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi.

“Dulu ketika Zahid mahu menjadi TPM, 47 pertuduhan menjadi persoalan. Kalau hari ini Zahid mahu menjadi PM, apakah 47 pertuduhan itu sudah tidak lagi menjadi persoalan?” katanya dalam kenyataan media.

Mahfuz turut mengingatkan rakyat mempunyai hak mendapatkan penjelasan mengenai standard dan prinsip yang digunakan dalam menentukan calon Perdana Menteri.

Pada 4 September 2023, Mahkamah Tinggi memberikan DNAA kepada Zahid terhadap 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Pada Januari 2026, Jabatan Peguam Negara pula memutuskan tiada tindakan lanjut terhadap kes berkenaan selepas meneliti bahan serta keterangan baharu.

Bagaimanapun, pada 7 Mei 2026, Mahkamah Rayuan membenarkan Badan Peguam meneruskan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan pendakwaan menghentikan prosiding terhadap Zahid.

Mahkamah memutuskan permohonan itu menimbulkan isu undang-undang yang wajar didengar pada peringkat substantif.

Mahkamah Persekutuan kemudian menetapkan 8 Oktober 2026 untuk mendengar permohonan Zahid dan Peguam Negara mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan itu.

Mahfuz berkata isu berkenaan bukan bertujuan menghukum Zahid sebelum proses kehakiman selesai, sebaliknya menyentuh soal keyakinan, integriti dan standard kepimpinan negara.

“Kalau PAS bersedia menerima Zahid sebagai PM, jelaskan kepada rakyat apa asas pertimbangannya. Kalau tidak bersedia, jelaskan pula bagaimana UMNO-PAS mahu membentuk kerajaan dan menentukan siapa Perdana Menteri,” katanya.

Beliau turut menyeru semua gabungan politik menjelaskan calon kepimpinan, prinsip, rekod dan dasar yang akan dibawa menjelang PRU-16.

“Kerusi Perdana Menteri bukan hadiah kerana menang pilihan raya. Ia amanah yang lahir daripada kepercayaan rakyat,” katanya.

Berita berkaitan
PRN Melaka: Zahid mahu jentera BN terima PAS, alu-alukan kerjasama
October 24, 2026· Politik
BN umum 21 calon, Akmal dan Helmy kekal bertanding
1 jam lalu· Politik
PRN Melaka: PH umum 21 calon akan bertanding, Adly Zahari pertahan Bukit Katil
1 jam lalu· Politik
Pemimpin MCA keluar majlis pengumuman calon, bantah agihan kerusi di Melaka: Laporan
2 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
October 24, 2026 · Politik
Zahid: PN hanya dapat tujuh kerusi, tak layan tuntutan lebih-lebih
7 jam lalu · Politik
Saifuddin bidas pembangkang sesama sendiri pun berpecah
7 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Zahid jamin Ab Rauf kekal Ketua Menteri jika BN menang
11 jam lalu · Politik
Agihan kerusi Melaka: Khalid Samad sifatkan PAS jadi ‘macai’ BN
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok