Mahkamah benarkan permohonan Muhyiddin dapatkan pasport sementara

November 18, 2025 · Politik

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, untuk memegang pasport antarabangsanya buat sementara bagi membolehkan menjalani pemeriksaan susulan berkaitan penyakit kanser pankreas yang dihadapinya di United Kingdom (UK).

Hakim Noor Ruwena Md Nurdin membenarkan permohonan Muhyiddin, 78, itu bagi tempoh dari 8 Disember 2025 hingga 5 Januari 2026.

Bagaimanapun, mahkamah turut mengenakan syarat dengan memendekkan tempoh transit yang dimohon.

“Berdasarkan afidavit sokongan, saya tidak melihat justifikasi untuk transit di Dubai selama lima hingga enam hari.

“Pemohon boleh transit di Dubai selama satu hingga dua hari sahaja,”kata Noor Ruwena.

Beliau turut mengingatkan tindakan Muhyiddin menempah tiket penerbangan sebelum mendapat kebenaran mahkamah adalah satu risiko dan boleh membuka ‘flood gate’ kepada permohonan seumpamanya.

Peguam Muhyiddin, Amer Hamzah Arshad, dalam hujahnya memaklumkan anak guamnya itu perlu mendapatkan rawatan susulan tahunan di London.

“Selain menjalani pemeriksaan kesihatan, anak guam saya juga berhasrat untuk meluangkan masa bersama tiga orang cucunya yang menetap di UK.

“Tiada sebarang risiko untuk beliau melarikan diri,” jelas Amer Hamzah.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan yang diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat, membuat bantahan terhadap sebahagian permohonan itu.

“Pihak pendakwaan tidak membantah permohonan untuk rawatan di UK, tetapi kami membantah hasrat untuk bercuti bersama keluarga di Madrid kerana ia akan membuka ‘flood gate’,” ujarnya sambil mencadangkan tempoh pemulangan pasport dipendekkan hingga 20 Disember 2025.

Muhyiddin semasa menjadi Perdana Menteri dan Presiden Bersatu didakwa atas empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM232.5 juta berkaitan Projek Jana Wibawa daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Datuk Azman Yusoff bagi parti berkenaan.

Berita berkaitan
Muhyiddin gesa jelaskan peraturan tahanan rumah Najib
14 jam lalu· Politik
Tiada kerjasama rasmi Bersatu-PH, sokongan tetap dialu-alukan: Muhyiddin
14 jam lalu· Politik
Anwar tegur Hadi jangan permainkan agama, sedia dedah kandungan CSA
November 5, 2026· Politik
Dua anggota polis saman Ketua Pengarah AKPS berhubung insiden KLIA
November 5, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
PRN Melaka: Abang Long akan jalan 10km dekati pengundi Duyong
14 jam lalu · Politik
Najib kembali ke Penjara Kajang, tahanan rumah ditangguh
14 jam lalu · Politik
Manifesto BN-PN: Air percuma, rumah mampu milik jadi taruhan di Melaka
14 jam lalu · Politik
Tahanan rumah Najib ditangguh, AGC teliti isu undang-undang
14 jam lalu · Politik
Najib pulang ke rumah, Loke kekal dengan keputusan letak jawatan
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
November 1, 2026
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok