PAS Terengganu cadang calon PM dari negeri itu

September 4, 2026 · Politik

PAS Terengganu bersedia menawarkan calon perdana menteri daripada parti itu susulan prestasi pentadbiran kerajaan negeri yang didakwa membuktikan kemampuan PAS mengurus pemerintahan.

Perwakilan PAS Terengganu, Wan Mat Sulaiman berkata, kejayaan mentadbir Terengganu sejak 2018 memberi keyakinan kepada parti itu untuk melangkah ke peringkat lebih tinggi.

Menurutnya, kemenangan dalam pilihan raya bukan perkara mudah kerana prestasi kerajaan negeri akan menjadi ukuran rakyat sebelum sesebuah parti diberi peluang mentadbir negara.

“Alhamdulillah, setelah hampir dua penggal, kepimpinan negeri Terengganu dapat membuktikan dan memberi kredit besar kepada PAS Pusat.

“Negeri yang kecil dengan kewangan terbatas dan disekat royalti, namun Terengganu mampu lahir sebagai negeri yang sejahtera,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden sempena Muktamar PAS ke-72 di Kota Bharu, hari ini.

Wan Mat berkata, antara pencapaian yang boleh dijadikan ukuran ialah pengurusan kewangan negeri, termasuk penilaian Institute for Democracy and Economic Affairs (Ideas) yang meletakkan Terengganu sebagai negeri terbaik di Malaysia dari aspek ketelusan pengurusan bajet.

Katanya, pencapaian itu membuktikan Terengganu mempunyai keupayaan mengurus kewangan dengan telus walaupun berdepan kekangan sumber.

“Ini bermaksud kita mempunyai aset yang begitu penting, yang mampu mengurus kewangan negeri walaupun dalam keadaan terbatas,” katanya.

Beliau turut memuji kepimpinan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar dan barisan Exco negeri yang menurutnya berjaya menarik pelaburan bernilai RM7.58 bilion pada 2025, iaitu rekod tertinggi bagi negeri berkenaan.

Dalam tempoh tiga tahun pula, Terengganu merekodkan pelaburan bernilai RM11.12 bilion yang menghasilkan 5,127 peluang pekerjaan.

“Sedikit sebanyak PAS Terengganu berjaya menunjukkan kekuatan dan prestasi ini. Bukan sahaja kita memainkan politik identiti, tetapi kita mampu menunjukkan prestasi terbaik.

“Oleh yang demikian, PAS Terengganu insya-Allah, kalau PAS Pusat mahu, ingin menawarkan calon perdana menteri daripada Negeri Terengganu,” katanya.

Walaupun tidak menyebut nama, Ahmad Samsuri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) sering disebut sebagai antara tokoh PAS yang berpotensi diketengahkan sebagai calon perdana menteri.

Dalam sidang media sebelum ini, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang ketika ditanya mengenai calon perdana menteri berkata perkara itu akan diumumkan apabila tiba masanya.

Cadangan PAS Terengganu itu muncul ketika parti berkenaan terus memperkukuh kedudukannya sebagai antara komponen utama PN, dengan prestasi pentadbiran negeri menjadi antara modal politik untuk meyakinkan pengundi menjelang pilihan raya akan datang.

Berita berkaitan
Duti hiburan dikecualikan, tiket filem tempatan dijangka murah: Fahmi
18 jam lalu· Isu semasa
PH umum calon PRN Melaka minggu depan
October 8, 2026· Politik
Bersatu dakwa PAS yang rosakkan PN, desak jawab aduan RoS
October 6, 2026· Politik
PRN Melaka: PN tunggu tarikh penamaan calon sebelum putus kerjasama
October 6, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Zahid tak akan benar usul gugat MB Negeri Sembilan
9 jam lalu · Politik
Belanjawan 2027: Bantuan rakyat perlu disusuli peningkatan pendapatan
9 jam lalu · Politik
PKR lapor polis isu sindiran ayat al-Quran oleh Eric See-To
14 jam lalu · Politik
Akmal kecam sindiran Eric See-To terhadap istilah ‘lighad’, jangan perlekeh al-Quran
15 jam lalu · Politik
PN sasar lebih empat kerusi di Melaka hasil rundingan dengan UMNO: Tuan Ibrahim
October 9, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok