Permohonan Tengku Zafrul masuk PKR tidak dapat disahkan lagi

August 4, 2025 · Politik

Status permohonan bekas pemimpin UMNO, Tengku Zafrul Abdul Aziz masuk menyertai PKR tidak dapat disahkan lagi setakat ini.

Bekas ahli majlis tertinggi (MT) UMNO itu sebelum ini mengumumkan keluar parti dan memohon untuk masuk PKR pada Mei lepas, bagaimanapun setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada beliau sudah diterima masuk sebagai ahli.

Naib Presiden PKR, Amiruddin Shari dipetik laporan media berkata status proses pengesahan ahli baharu ke dalam PKR ditentukan di bawah urusan Setiausaha Agung parti tersebut.

“Status kemasukan ahli baharudi bawah urusan Setiausaha Agung parti, bukan Naib Presiden,” katanya yang juga Menteri Besar Selangor.

Beliau diminta mengulaskan status keahlian Tengku Zafrul di dalam PKR ketika ini.

Pada akhir Mei lalu, Tengku Zafrul mengumumkan telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai ahli MT, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja dan ahli UMNO.

Susulan pengumuman itu, beliau telah menyatakan niat untuk menyertai PKR.

Tengku Zafrul, 51, mula menceburi arena politik sebagai Bendahari UMNO Selangor dan kemudian meletakkan jawatan pada 1 April tahun lalu.

Selain itu, Tengku Zafrul pernah mencuba nasib dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2022 di Kuala Selangor tetapi tewas.

Tengku Zafrul juga pernah berkhidmat sebagai Menteri Kewangan dari Mac 2020 hingga Oktober 2022.

Berita berkaitan
PRN Melaka: Zahid jamin Ab Rauf kekal Ketua Menteri jika BN menang
20 jam lalu· Politik
Agihan kerusi Melaka: Khalid Samad sifatkan PAS jadi ‘macai’ BN
20 jam lalu· Politik
PRN Melaka: PAS nafi akan umum calon sepentas dengan BN
October 23, 2026· Politik
Rafizi mahu saman Ramanan susulan kenyataan media
October 23, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
9 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Zahid mahu jentera BN terima PAS, alu-alukan kerjasama
9 jam lalu · Politik
BN umum 21 calon, Akmal dan Helmy kekal bertanding
10 jam lalu · Politik
PRN Melaka: PH umum 21 calon akan bertanding, Adly Zahari pertahan Bukit Katil
10 jam lalu · Politik
Pemimpin MCA keluar majlis pengumuman calon, bantah agihan kerusi di Melaka: Laporan
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok