Rafizi dibidas bekas pembantu Muhyiddin kerana menipu’ dalam isu rundingan PN-BN

July 19, 2025 · Politik

Tindakan Rafizi Ramli yang memutar-belit fakta dalam isu rundingan sebelum ini antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) dibidas bekas Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Malaysia ke-8, Marzuki Mohamad.

Bekas pembantu Muhyiddin Yassin itu berkata Rafizi tidak mengetahui fakta yang sebenar dengan membuat tuduhan tidak berasas kononnya UMNO dipandang rendah semasa rundingan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

“Saya bukan setakat ada kaki dalam rundingan tersebut malah seluruh tubuh badan saya berada di situ dari awal rundingan hingga ke akhirnya,” katanya.

Marzuki menjelaskan rundingan berlaku dalam suasana yang muhibbah dan tidak pernah sekali pun Muhyiddin memperkecilkan UMNO seperti didakwa bekas timbalan presiden PKR itu.

Ujarnya lagi, semasa rundingan berjalan mestilah ada tawaran dan rombongan Ahli Parlimen BN datang dengan tawaran memberikan sokongan secara en-bloc kepadai Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, katanya.

“Sebagai balasan, PN menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada BN, jawatan Kabinet mengikut komposisi kerusi Parlimen yang dimenangi dan beberapa perkara lain.

“Siapa Timbalan Perdana Menteri dari BN tidak ditentukan. Ia mestilah dirunding antara Perdana Menteri dan pimpinan BN,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Marzuki juga turut memuat naik dokumen semasa perbincangan PN dengan BN.

Di akhir rundingan, menurut Marzuki, delegasi BN yang diketuai Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohammad Hassan meminta supaya tawaran-tawaran tersebut dibuat secara bertulis untuk dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada sebelah malamnya.

“Pada ketika itu saya fikir tidak ada sebab untuk UMNO menolak tawaran-tawaran dengan terma-terma yang munasabah yang telah dibincangkan serta dipersetujui secara dasarnya dalam rundingan. Cuma ia perlu dibawa ke MT UMNO untuk pengesahan.

“Saya tidak pasti sama ada kandungan surat tersebut dibincangkan atau tidak di dalam mesyuarat MT UMNO pada malam 23 November 2022,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Marzuki agak terkejut pada keesokkan harinya apabila Setiausaha Agung UMNO ketika itu mengeluarkan kenyataan yang menyatakan MT parti itu telah memutuskan untuk menolak kerjasama dengan PN.

Sebaliknya UMNO memilih untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), katanya lagi.

Terdahulu, Rafizi dalam satu podcast mendakwa PN tidak mengemukakan apa-apa tawaran kepada BN dalam rundingan pembentukan kerajaan selepas PRU-15.

Malah bekas menteri PKR itu mendakwa Muhyiddin memandang rendah kepada UMNO.

Berita berkaitan
Kedutaan AS nafi dakwaan dibuat Hadi berhubung tawaran jatuhkan BN: Laporan
September 6, 2026· Politik
PAS: Ketidakhadiran Zahid bukan tanda UMNO solo, kerjasama diteruskan
20 jam lalu· Politik
AMK sindir PAS: Sejak bila jadi jurucakap UMNO?
21 jam lalu· Politik
Johari: Biar presiden BN-PN bincang kerusi
21 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Amanah gesa dakwaan campur tangan asing disiasat, bukan jadi modal politik PAS
September 6, 2026 · Politik
Undi PAS bukan tiket ke syurga: Mujahid
September 6, 2026 · Politik
MB Negeri Sembilan tegaskan sokongan kepada Tuanku Muhriz
September 6, 2026 · Politik
Syurga bukan milik parti politik: Menteri Agama
20 jam lalu · Politik
Fuziah: Jangan gopoh adakan PRU-16 hanya kerana kepentingan politik
September 5, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok