Rombakan Kabinet: Zahid tunggu keputusan bakal diputuskan PMX

December 14, 2025 · Politik

Isu berkaitan rombakan Kabinet dan pengisian jawatan kosong ketika ini berada sepenuhnya di bawah bidang kuasa Perdana Menteri, kata Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut beliau, sebarang pertanyaan mengenai perubahan barisan Kabinet wajar diajukan terus kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

“Soalan itu mengenai rombakan Kabinet sepatutnya ditujukan kepada Perdana Menteri,” katanya kepada media selepas merasmikan Perhimpunan Agung Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF Malaysia) hari ini.

Zahid turut memaklumkan setakat ini belum ada perbincangan khusus melibatkan pemimpin parti Kerajaan Perpaduan berhubung perkara tersebut.

Ditanya sama ada Barisan Nasional telah mengemukakan sebarang cadangan nama untuk mengisi kekosongan jawatan dalam Kabinet, beliau menjelaskan perkara itu masih belum dibangkitkan oleh Perdana Menteri.

“Perdana Menteri belum bertanya lagi. Apabila tiba masanya, saya akan maklumkan kepada media,” katanya.

Pada 7 Disember lalu, Anwar mengesahkan sudah mempunyai senarai bagi rombakan Kabinet yang akan datang, namun perbincangan dengan pemimpin parti Kerajaan Perpaduan masih belum diadakan.

Perdana Menteri sebelum ini menyifatkan rombakan berkenaan sebagai langkah kecil yang bertujuan mengisi kekosongan jawatan, bukannya perubahan besar terhadap struktur Kabinet sedia ada.

Ketika ini, Kabinet Malaysia mempunyai empat jawatan kosong susulan beberapa peletakan jawatan sejak beberapa bulan lalu. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad meletakkan jawatan pada Mei, diikuti Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Ewon Benedick, bulan lalu.

Kekosongan itu bertambah apabila tempoh jawatan senator Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Zafrul Tengku Abdul Aziz berakhir awal bulan ini.

Buat sementara waktu, tugas beberapa portfolio telah diagihkan kepada menteri sedia ada.

Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan mengambil alih portfolio Ekonomi, manakala Menteri Perladangan dan Komoditi, Johari Abdul Ghani, mengawasi portfolio Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

Portfolio Pembangunan Usahawan dan Koperasi pula dipangku oleh Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi.

Situasi ini dilihat sebagai fasa peralihan sementara, sementara keputusan rasmi mengenai rombakan Kabinet terus dinantikan.

Berita berkaitan
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
9 jam lalu· Politik
PRN Melaka: Zahid mahu jentera BN terima PAS, alu-alukan kerjasama
9 jam lalu· Politik
BN umum 21 calon, Akmal dan Helmy kekal bertanding
9 jam lalu· Politik
PRN Melaka: PH umum 21 calon akan bertanding, Adly Zahari pertahan Bukit Katil
9 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Pemimpin MCA keluar majlis pengumuman calon, bantah agihan kerusi di Melaka: Laporan
10 jam lalu · Politik
Zahid: PN hanya dapat tujuh kerusi, tak layan tuntutan lebih-lebih
15 jam lalu · Politik
Saifuddin bidas pembangkang sesama sendiri pun berpecah
15 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Zahid jamin Ab Rauf kekal Ketua Menteri jika BN menang
19 jam lalu · Politik
Agihan kerusi Melaka: Khalid Samad sifatkan PAS jadi ‘macai’ BN
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok