Rundingan tarif Malaysia-AS dijangka diteruskan Menteri MITI

March 17, 2026 · Isu semasa

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Johari Abdul Ghani dijangka meneruskan rundingan dengan pihak Washington berhubung isu kadar tarif yang melibatkan perdagangan antara Malaysia dan Amerika Syarikat.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dimaklumkan secara ringkas kepada Jemaah Menteri dalam mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Menurutnya, Johari akan meneruskan beberapa siri perbincangan dengan pihak Amerika Syarikat dalam masa terdekat bagi mendapatkan kejelasan mengenai kedudukan terkini dasar tarif negara itu.

“Jemaah Menteri diberi sedikit taklimat ringkas oleh Menteri MITI dan difahamkan beliau akan meneruskan beberapa perbincangan dengan pihak Washington DC. Buat masa ini belum ada maklumat tambahan,” katanya selepas mesyuarat Jemaah Menteri di Putrajaya.

Fahmi berkata demikian ketika ditanya sama ada Kabinet turut membincangkan mengenai keputusan pembatalan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) secara rasmi susulan keputusan Mahkamah Agung Amerika Syarikat berhubung tarif global yang diperkenalkan sebelum ini.

Sebelum ini, Johari dilaporkan memaklumkan kerajaan Malaysia masih belum menerima sebarang pengesahan rasmi daripada pihak Amerika Syarikat mengenai pembatalan ART.

Beliau menjelaskan pihak Washington dijangka mengambil masa kira-kira lima bulan untuk melakukan semakan sebelum menentukan kadar tarif baharu yang akan dikenakan kepada rakan dagang, termasuk Malaysia.

Isu tarif itu timbul selepas Mahkamah Agung Amerika Syarikat pada Februari lalu memutuskan tindakan Presiden Donald Trump menggunakan kuasa darurat untuk mengenakan tarif “timbal balas” terhadap hampir semua rakan dagang negara itu adalah tidak berperlembagaan.

Keputusan mahkamah tertinggi itu mengekalkan keputusan mahkamah lebih rendah yang mendapati Trump telah melampaui kuasa presidennya apabila menggunakan Akta Kuasa Ekonomi Kecemasan Antarabangsa 1977 (IEEPA) untuk melaksanakan tarif global secara meluas.

Langkah tersebut sebelum ini membolehkan pentadbiran Trump mengenakan tarif lebih tinggi dengan pantas tanpa kelulusan Kongres, termasuk duti berkaitan isu fentanyl terhadap barangan import dari China, Kanada dan Mexico.

Perkembangan itu memberi kesan kepada landskap perdagangan global dan membuka ruang kepada rundingan baharu antara Amerika Syarikat dan rakan dagangnya, termasuk Malaysia.

Berita berkaitan
Fahmi ziarah peserta rebah semasa persembahan Hari Kebangsaan di Hospital Putrajaya
September 2, 2026· Isu semasa
77 rakyat Malaysia dibawa pulang dari Nepal, 55 masih belum dapat dikesan: Fahmi
September 2, 2026· Isu semasa
Drama sentuh sensitiviti akan diambil tindakan, tiada kompromi: Fahmi
September 2, 2026· Isu semasa
MCMC: Tambahan peruntukan akan lonjak pendigitalan kesihatan awam
August 30, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
3 jam lalu · Isu semasa
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
16 jam lalu · Isu semasa
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
20 jam lalu · Isu semasa
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
20 jam lalu · Isu semasa
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok