Shahelmey bertanding PRN Sabah guna tiket GRS bukan UMNO, umum Hajiji

August 17, 2025 · Politik

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat, Shahelmey Yahya, dijangka akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan datang sebagai calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Pengumuman ini dibuat oleh Pengerusi GRS, Hajiji dalam satu laporan media yang dipetik sebuah portal dan dijangka menimbulkan konflik terbaharu dengan Barisan Naisonal (BN) memandangkan Shahelmey sebelum ini digantung keahlian UMNO kerana ingkar arahan parti.

“Dia akan ikut ‘siurang’ (kami),” kata Hajiji ketika ditanya mengenai kemungkinan Shahelmey menyertai GRS.

Shahelmey, yang juga Ahli Parlimen Putatan, telah digantung keahliannya dalam UMNO sejak Mac 2023 kerana didakwa melanggar disiplin parti.

Tindakan itu diambil selepas beliau enggan menyokong usaha tertentu dalam parti untuk menjatuhkan Hajiji, yang juga merupakan Ketua Menteri Sabah.

Laporan juga menyatakan bahawa Ketua UMNO Sabah, Bung Moktar Radin, tidak berhasrat untuk mencalonkan semula Shahelmey sebagai wakil parti dalam PRN kali ini.

Walaupun begitu, Hajiji yakin dengan kemampuan Shahelmey untuk mempertahankan kerusi Tanjung Keramat.

“Apa susah… ‘tatap’ menang punya, dia lagi ADUN, dia lagi Ahli Parlimen,” katanya sambil merujuk kepada pengalaman dan rekod Shahelmey sebagai wakil rakyat.

Langkah Shahelmey menyertai GRS dijangka akan mengukuhkan lagi gabungan itu dalam menghadapi PRN Sabah yang semakin hampir.

GRS, yang merupakan gabungan parti-parti tempatan Sabah, dilihat sebagai pesaing utama bagi Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya kali ini.

Perkembangan ini juga mencerminkan perubahan landskap politik Sabah, di mana ahli-ahli politik semakin cenderung untuk bekerjasama melangkaui sempadan parti tradisional bagi memastikan kestabilan dan pembangunan negeri.

Dengan pengalaman dan sokongan akar umbi yang dimiliki Shahelmey, keputusannya untuk bertanding di bawah GRS mungkin akan memberi impak besar kepada persaingan di kerusi Tanjung Keramat.

Berita berkaitan
Tahanan rumah Najib ditangguh, AGC teliti isu undang-undang
1 jam lalu· Politik
Najib pulang ke rumah, Loke kekal dengan keputusan letak jawatan
1 jam lalu· Politik
UMNO bayar denda Najib boleh beri gambaran salah kepada rakyat: PMX
5 jam lalu· Politik
UMNO tutup kutipan derma Najib, selesai pembayaran di mahkamah pagi ini
6 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
PRN Melaka: Abang Long akan jalan 10km dekati pengundi Duyong
November 6, 2026 · Politik
Najib kembali ke Penjara Kajang, tahanan rumah ditangguh
November 6, 2026 · Politik
Manifesto BN-PN: Air percuma, rumah mampu milik jadi taruhan di Melaka
November 6, 2026 · Politik
Muhyiddin gesa jelaskan peraturan tahanan rumah Najib
1 jam lalu · Politik
Tiada kerjasama rasmi Bersatu-PH, sokongan tetap dialu-alukan: Muhyiddin
1 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
November 1, 2026
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok