Srikandi Muda Bersatu gesa tindakan terhadap pihak gugat kestabilan parti

February 10, 2026 · Politik

Srikandi Muda Bersatu menyatakan pendirian untuk terus berdiri bersama Presiden parti, Muhyiddin Yassin, ketika parti itu berdepan cabaran politik semasa.

Ketua Srikandi Muda, Nurul Ezzati Azmi berkata kestabilan kepimpinan amat penting bagi memastikan hala tuju perjuangan parti tidak terjejas dan parti memerlukan kepimpinan yang tenang dan jelas dalam membuat keputusan ketika berdepan ujian politik.

“Dalam situasi sukar seperti ini, parti memerlukan kepimpinan yang stabil supaya fokus perjuangan tidak tersasar,” katanya dalam satu kenyataan.

Nurul Ezzati turut menegaskan kekuatan parti terletak pada kesatuan serta disiplin ahli, bukan pada perbezaan pandangan yang didedahkan secara terbuka sehingga boleh menjejaskan keharmonian dalaman.

Katanya, sebarang penilaian terhadap kepimpinan perlu disalurkan melalui mekanisme dalaman parti secara berhemah.

Beliau turut menegaskan tindakan tegas perlu diambil terhadap mana-mana ahli yang melanggar perlembagaan parti atau menggugat kestabilan organisasi tanpa mengira jawatan.

“Mana-mana individu yang cuba menggugat kestabilan parti perlu berdepan tindakan tegas mengikut peraturan sedia ada,” katanya.

Sebagai sayap wanita muda parti, beliau berkata Srikandi Muda memilih pendekatan memperkukuh parti berbanding menimbulkan perpecahan.

“Kami akan terus berdiri teguh bersama Presiden bagi memastikan perjuangan parti kekal fokus dan kuat,” katanya.

Berita berkaitan
RM5 juta masuk akaun Bersatu, tiada satu masuk dalam akaun peribadi: Saksi
April 16, 2026· Politik
Ketua Bersatu Pahang ditamatkan khidmat, didakwa sokong Hamzah
April 16, 2026· Politik
PN kena segera lantik Ketua Pembangkang, sokong sesiapa saja calon PAS: Muhyiddin
April 15, 2026· Politik
Hamzah sudah hantar surat letak jawatan Ketua Pembangkang: Mahfodz
April 12, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PKR nafi dakwaan bertanding sendiri PRN Johor
April 18, 2026 · Politik
Henti bertelingkah, utamakan kebajikan rakyat: Anwar
April 18, 2026 · Politik
Khairy kembali UMNO sebab nak bertanding kerusi pilihan raya saja: Rafizi
4 jam lalu · Politik
Jangan hanya semasa senang saja nak bersama dengan BN: Zahid
4 jam lalu · Politik
Hisham bersyukur penggantungan ditarik balik, sedia bantu UMNO kembali
4 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok