Tanggungan cukai lebih kepada mereka yang mampu: Johan

June 18, 2025 · Isu semasa

Golongan yang berkemampuan yang akan membayar lebih selepas pelaksanaan semakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bermula Julai tahun ini, kata Johan Mahmood Merican.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan itu berkata kumpulan rakyat terbanyak tidak akan terjejas dengan semakan SST yang bersasar tersebut dengan dijangka kutipan daripada cukai itu bertambah sebanyak RM5 bilion bagi 2025 dan RM10 bilion pada 2026.

“Kerajaan mengambil pendekatan progresif dengan meluaskan asas cukai, dengan tanggungan cukai itu lebih kepada mereka yang mampu.

“Ia bermaksud bila ditentukan skop ataupun siapa yang dikenakan cukai perkhidmatan ataupun juga pendekatan cukai jualan, mengambil usaha untuk memastikan bahawa ia dilaksanakan secara bersasar,” katanya kepada Bernama selepas melakukan tinjauan di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dekat sini, hari ini.

Sebelum ini, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menjangkakan penambahbaikan SST itu bakal menjana hasil sebanyak RM51.7 billion pada 2025. Hasil kutipan SST bagi 2024 adalah sebanyak RM44.7 bilion.

Pada 9 Jun lalu, kerajaan mengumumkan semakan bersasar kadar Cukai Jualan dan peluasan skop Cukai Perkhidmatan yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai, 2025.

Kadar cukai jualan kekal tidak berubah bagi barangan keperluan manakala kadar sama ada lima atau 10 peratus akan dikenakan ke atas barangan yang tidak penting atau mengikut budi bicara.

Skop cukai perkhidmatan akan diperluaskan merangkumi enam perkhidmatan baharu seperti penyewaan atau pajakan, pembinaan, kewangan, penjagaan kesihatan swasta, pendidikan dan kecantikan.

Johan berkata bermula Julai syarikat perkhidmatan akan membuat penilaian sama ada mereka telah mencapai nilai ambang perolehan tahunan yang melayakkan untuk dikenakan cukai perkhidmatan dan seterusnya pada akhir bulan mereka akan menyemak semula kedudukan tersebut untuk menentukan kelayakan sebenar.

“Sekiranya nilai ambang dicapai, proses pendaftaran akan dibuat pada Ogos, dan hanya selepas itu pengeluaran invois yang dikenakan cukai perkhidmatan akan bermula pada September,” katanya.

Ini, katanya, bagi memberi lebih masa dan ruang kepada syarikat perkhidmatan terbabit untuk membuat persediaan dari segi pelaksanaan SST.

Berita berkaitan
Mahkamah tangguh prosiding bankrap Najib dan anak
September 4, 2026· Politik
KKDW terlebih belanja projek jalan luar bandar, MoF tampil jelaskan
September 2, 2026· Isu semasa
Puad: Saya tetap ada hak kritik UMNO
September 1, 2026· Politik
Jangan salahkan Fahmi, sistem komunikasi kerajaan yang lama perlu berubah: Tian Chua
September 1, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Baja lambat sampai, Anwar arah SPRM siasat
September 6, 2026 · Isu semasa
Mufti Wilayah ingatkan bahaya istilah ‘menunggang agama’
1 jam lalu · Isu semasa
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
September 5, 2026 · Isu semasa
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
September 4, 2026 · Isu semasa
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
September 4, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok