Tiada layanan istimewa kepada calon tertentu bertanding, Anwar jawab Rafizi

May 23, 2025 · Politik

Semua calon yang bertanding dalam pemilihan PKR diberikan layanan sama rata dan tidak ada layanan istimewa kepada individu tertentu, kata Anwar Ibrahim.

Presiden PKR itu menjelaskan walaupun beliau meluluskan beberapa individu sebagai calon, proses pemilihan sebenarnya dibuat oleh ibu pejabat parti.

“Saya lulus semua. Jadi tidak ada isu. Saya maklum pada MPP, kalau kamu bawa pada saya saya tak mahu tapis.

“Kalau tapis nanti jadi masalah. Jadi semua yang bawa permohonan, ikut undang-undang parti, dan diproses oleh ibu-pejabat, saya luluskan semua,” jelas Anwar dipetik laporan Malaysiakini.

Anwar ditanya wartawan selepas mengundi dalam pemilihan kepimpinan pusat parti di Berjaya Waterfront, Johor Bahru hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata isu yang dibangkitkan Rafizi Ramli boleh dibincangkan dalam mesyuarat kepimpinan parti.

“Tak apalah, kita bawa (bincang) dalam mesyuarat,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Rafizi baru-baru ini dalam kempen Hiruk.

Dalam kempennya, Rafizi mempertikaikan pencalonan R Ramanan — yang bertanding untuk jawatan naib presiden PKR — dengan mempersoalkan apa yang dilihatnya sebagai layanan istimewa terhadap bekas ahli MIC itu yang dicalonkan di kerusi Parlimen Sungai Buloh dan naik pangkat dengan pantas selepas menang.

Rafizi juga menyeru akar umbi untuk menamatkan kuasa khas yang dipegang oleh Presiden PKR bagi memberi pengecualian kepada mana-mana ahli baru untuk bertanding dalam pemilihan parti atau pilihan raya.

Rafizi sebelum ini mencadangkan supaya ahli baru hanya dibenarkan bertanding jawatan parti selepas menjadi anggota PKR sekurang-kurangnya lima tahun.

Kata menteri ekonomi itu langkah berkenaan boleh mengelakkan parti daripada disusupi oleh pihak luar yang cuba membeli pengaruh melalui kekayaan dan jaringan hubungan.

Berita berkaitan
Chean Chung sertai parti Rafizi selepas letak jawatan MP Petaling Jaya
8 jam lalu· Politik
Lee Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya disahkan kosong
9 jam lalu· Politik
Kes kematian pelajar Irene Sofiya: Anwar arah siasatan segera, telus
October 4, 2026· Isu semasa
Belanjawan 2027: Anwar beri ‘hint’ berita gembira untuk mahasiswa
October 3, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
MYEG digantung bukan isu politik: Loke
8 jam lalu · Politik
PN cabar RoS di mahkamah, mahu kepastian sebelum PRN Melaka
9 jam lalu · Politik
Loke kekal pendirian berundur selepas Najib pulang ke rumah
October 4, 2026 · Politik
BN masih runding, keputusan kerjasama tunggu selepas mesyuarat SPR: Zahid
October 4, 2026 · Politik
Menjelang PRN Melaka, J-Kom perkemas strategi komunikasi tangkis berita palsu
October 4, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok