Tiada tindakan terhadap Dr M dalam isu Pulau Batu Puteh kerana faktor usia: Laporan

July 22, 2025 · Politik

Kerajaan mengambil keputusan untuk tidak meneruskan tindakan terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Pulau Batu Puteh yang dibangkitkan dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), atas pertimbangan faktor usia.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata walaupun beliau percaya kesalahan itu wujud dan besar, keputusan Jemaah Menteri adalah untuk tidak mengambil tindakan lanjut memandangkan Dr Mahathir kini sudah berusia 100 tahun.

“Kita ambil keputusan kerana dia melibatkan mantan Perdana Menteri yang umurnya 100 tahun. Apakah dia tak salah? Dia salah. Apakah perlu ambil tindakan?… di (mesyuarat) Jemaah Menteri saya bersetuju, jangan ambil tindakan. Kalau ambil tindakan, Kota Bharu juga yang akan jerit kata kita tidak adil.

“… umur dah 100 tahun… salah besar, tetapi kita tak payahlah teruskan,” katanya pada Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) yang ingin tahu mengapa RCI Pulau Batu Puteh ditarik balik.

Anwar berkata walaupun kerajaan memutuskan untuk tidak meneruskan tindakan, ia tidak bermaksud kesalahan itu tidak berlaku.

“Bukan tuduh, itu memang perkara yang benar-benar berlaku,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan RCI Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan mengesyorkan siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap Dr Mahathir.

Tindakan berkenaan merupakan antara yang disyorkan RCI dalam laporan setebal 217 muka surat yang diedarkan kepada Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Menurut laporan tersebut, siasatan jenayah boleh dimulakan ke atas bekas perdana menteri itu mengikut Seksyen 415 (b) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 417 Kanun sama dan juga di bawah Seksyen 418 kanun sama. – Bernama

Berita berkaitan
PMX mahu tatakelola tanah diperkukuh, pencerobohan dibendung
3 jam lalu· Isu semasa
Lee Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya disahkan kosong
7 jam lalu· Politik
Dewan Rakyat kembali bersidang, Belanjawan 2027 jadi tumpuan
October 4, 2026· Isu semasa
Fahmi: Khidmat rakyat PJ tetap diteruskan meski Chean Chung letak jawatan
October 3, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Chean Chung sertai parti Rafizi selepas letak jawatan MP Petaling Jaya
6 jam lalu · Politik
MYEG digantung bukan isu politik: Loke
6 jam lalu · Politik
PN cabar RoS di mahkamah, mahu kepastian sebelum PRN Melaka
7 jam lalu · Politik
Loke kekal pendirian berundur selepas Najib pulang ke rumah
October 4, 2026 · Politik
BN masih runding, keputusan kerjasama tunggu selepas mesyuarat SPR: Zahid
October 4, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok