UMNO kekal hingga tamat penggal, PKR sambut baik: Saifuddin Nasution

September 13, 2026 · Politik

Keputusan UMNO untuk kekal bersama Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal bukan perkembangan baharu, sebaliknya sudah dipersetujui sejak pembentukan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Timbalan Presiden PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, komitmen itu turut dimeterai menerusi perjanjian bertulis antara parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan pada November 2022.

“Saya yang ikut membidani kelahiran Kerajaan Perpaduan seawal November 2022, sejurus selepas keputusan pilihan raya, saya tahu secara dokumennya kita sudah memeterai satu persefahaman, perjanjian bertulis untuk kita bekerjasama sehingga habis penggal.

“Jadi apabila Presiden UMNO menyebut dalam sidang medianya semalam bahawa dia akan berpegang kepada komitmen itu, bagi saya itu bukan perkara baharu,” katanya selepas mengadakan lawatan ke projek pembangunan di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), hari ini.

Sebelum ini, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi menegaskan parti itu akan terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan sehingga penghujung penggal pentadbiran selaras dengan resolusi yang diputuskan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026.

Menurut Saifuddin, pendirian itu penting bagi memastikan kerajaan mempunyai ruang mencukupi untuk memberi tumpuan kepada pemulihan dan pertumbuhan ekonomi negara.

“Kerajaan ini perlu dipertahankan dari sudut kestabilan politik supaya kita boleh tumpu menguruskan ekonomi dan rakyat mendapat manfaat. Saya fikir itu keputusan yang baik dan kita alu-alukan,” katanya.

Dalam pada itu, Saifuddin mengakui wujud perbezaan pandangan antara parti dalam Kerajaan Perpaduan, terutama membabitkan isu politik semasa.

Bagaimanapun, beliau menyifatkan perbezaan dan serangan antara parti sebagai perkara biasa dalam politik serta tidak semestinya menjejaskan kestabilan kerajaan.

“Masing-masing serang itu lumrah dalam politik. Saya setuju, saya sampaikan. Dia tak setuju, dia macam itu. Itu biasa, itu warna-warni politik.

“Yang paling penting ialah Presiden UMNO menyebut dengan jelas akan kekal seperti mana komitmen yang dimeterai dalam perjanjian bertulis seawal pembentukan Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Kerajaan Perpaduan dibentuk selepas PRU-15 apabila tiada gabungan memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan secara bersendirian. Kerjasama antara Pakatan Harapan, Barisan Nasional dan beberapa parti lain kemudiannya membawa kepada pembentukan pentadbiran pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Pendirian terkini UMNO untuk kekal sehingga tamat penggal dilihat mengukuhkan kedudukan kerajaan, meskipun hubungan antara parti komponen terus berdepan perbezaan pendirian menjelang PRU-16.

Berita berkaitan
Zahid tak akan benar usul gugat MB Negeri Sembilan
7 jam lalu· Politik
Penjimatan negara membolehkan hasil dipulangkan kepada rakyat: Anwar
7 jam lalu· Isu semasa
Belanjawan 2027: Bantuan rakyat perlu disusuli peningkatan pendapatan
8 jam lalu· Politik
Anwar hargai bantuan Mesir permudah salur bantuan Malaysia ke Gaza
11 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
PKR lapor polis isu sindiran ayat al-Quran oleh Eric See-To
12 jam lalu · Politik
Akmal kecam sindiran Eric See-To terhadap istilah ‘lighad’, jangan perlekeh al-Quran
14 jam lalu · Politik
PN sasar lebih empat kerusi di Melaka hasil rundingan dengan UMNO: Tuan Ibrahim
October 9, 2026 · Politik
Adly kritik Akmal, dakwa main sentimen kaum dan agama
October 9, 2026 · Politik
Mat Sabu: Jadikan krisis Negeri Sembilan pengajaran buat pengundi PRN Melaka
October 9, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok