UMNO-PAS terus runding, kerjasama PRN Melaka semakin positif: Asyraf Wajdi

October 2, 2026 · Politik

Rundingan antara UMNO dan PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka disifatkan semakin positif, dengan perbincangan mengenai bentuk kerjasama serta penggunaan lambang parti masih berlangsung.

Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki mengesahkan rundingan antara kedua-dua parti sudah bermula dan masih diteruskan menjelang PRN Melaka.

“Ya, perundingan dan perbincangan dengan PAS sudah dan sedang berjalan. Amat positif, Alhamdulillah,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Kenyataan Asyraf Wajdi itu susulan perkembangan terbaharu melibatkan PAS, termasuk kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang memaklumkan rundingan mengenai kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) masih diteruskan.

Abdul Hadi turut menyatakan PAS bersedia mempertimbangkan penggunaan lambang sendiri atau lambang BN dalam PRN Melaka, bergantung kepada hasil rundingan yang sedang berlangsung.

Perkembangan itu menjadi lebih signifikan selepas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) mengesahkan semua kegiatan Perikatan Nasional (PN) diterajui PAS digantung mengikut Subseksyen 13(2A) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832), berkuat kuasa serta-merta pada 23 September lalu.

Penggantungan itu susulan notis yang dikeluarkan RoS pada 22 September.

Dalam perkembangan berkaitan, BN sebelum ini dilaporkan akan mengadakan perbincangan dengan PAS berhubung keperluan penggunaan lambang bagi menghadapi PRN Melaka.

Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi turut memaklumkan perbincangan itu akan dimuktamadkan selepas mengambil kira pandangan Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh.

PRN Melaka dijangka menjadi medan penting untuk melihat hala tuju hubungan politik UMNO dan PAS, khususnya selepas perkembangan terkini membabitkan PN.

Berita berkaitan
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
8 jam lalu· Politik
PRN Melaka: Zahid mahu jentera BN terima PAS, alu-alukan kerjasama
9 jam lalu· Politik
BN umum 21 calon, Akmal dan Helmy kekal bertanding
9 jam lalu· Politik
PRN Melaka: PH umum 21 calon akan bertanding, Adly Zahari pertahan Bukit Katil
9 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Pemimpin MCA keluar majlis pengumuman calon, bantah agihan kerusi di Melaka: Laporan
9 jam lalu · Politik
Zahid: PN hanya dapat tujuh kerusi, tak layan tuntutan lebih-lebih
14 jam lalu · Politik
Saifuddin bidas pembangkang sesama sendiri pun berpecah
14 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Zahid jamin Ab Rauf kekal Ketua Menteri jika BN menang
19 jam lalu · Politik
Agihan kerusi Melaka: Khalid Samad sifatkan PAS jadi ‘macai’ BN
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok