Video tular berkempen semasa program TVET, Onn Hafiz hanya jawab ‘mana ada paksaan’

July 7, 2026 · Politik

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Onn Hafiz Ghazi menafikan dakwaan pelajar sebuah kolej pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET) dipaksa menghadiri program yang didakwa bertukar menjadi kempen politik BN di Kluang, Sabtu lalu.

Beliau berkata tiada unsur paksaan dikenakan terhadap pelajar untuk hadir ke Program Jelajah TVET MARA Negeri Johor yang berlangsung di Dewan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kluang.

“Mana ada. Tiada paksaan,” katanya ringkas ketika menjawab dakwaan berkenaan.

Isu itu tercetus selepas sebuah video tular di media sosial memaparkan Onn Hafiz berucap di atas pentas program berkenaan sambil menyeru orang ramai menyokong calon BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Dalam ucapan itu, beliau turut mengingatkan penduduk Simpang Renggam supaya memberikan undi kepadanya pada hari pengundian nanti.

Onn Hafiz juga dilaporkan berkata kerajaan Johor akan memberi sokongan penuh kepada Pengerusi MARA dan Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki, yang turut hadir dalam program tersebut.

Dakwaan itu mula dibangkitkan calon Pakatan Harapan (PH) kerusi Perling, Tee Boon Tsong, yang mendakwa menerima aduan daripada pelajar bahawa kehadiran mereka diwajibkan.

Menurut Boon Tsong, program yang diadakan di premis kerajaan itu sepatutnya tidak dijadikan medan kempen politik mana-mana parti.

Beliau berkata belum membuat laporan polis kerana mahu mendapatkan penjelasan terlebih dahulu daripada Onn Hafiz dan pihak LHDN berhubung penggunaan dewan berkenaan.

Sementara itu, Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching, turut menggesa penjelasan segera diberikan terhadap dakwaan tersebut.

Menurut Nie Ching, pihaknya mempunyai salinan atur cara program, surat arahan kehadiran wajib serta rakaman video yang didakwa menunjukkan unsur kempen politik dalam majlis berkenaan.

“Kalau ini program kerajaan, tidak sepatutnya digunakan untuk berkempen tetapi kalau ini program parti, saya mahu tahu adakah dewan milik agensi kerajaan boleh digunakan untuk tujuan kempen politik,” katanya.

Kontroversi itu muncul ketika kempen PRN Johor semakin rancak, dengan isu penggunaan aset kerajaan dan program rasmi bagi tujuan politik dijangka menjadi antara tumpuan utama parti-parti bertanding.

Berita berkaitan
Zahid ucap ‘selamat berjaya’ secara sinis kepada Hamzah selepas dicadang jadi PM
1 jam lalu· Politik
Malaysia kini hanya 7.1 peratus lagi ke status negara berpendapatan tinggi
2 jam lalu· Isu semasa
ADUN Seri Serdang bidas kempen Sanusi, seru politik lebih matang
5 jam lalu· Politik
Polis panggil sanusi, pemimpin UMNO bantu siasatan
5 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Manifesto PH fokus pelaburan dan pekerjaan bergaji tinggi
6 jam lalu · Politik
Isu Yang Dipertuan Besar jangan dipolitikkan, hormati proses berjalan: Khalid Samad
8 jam lalu · Politik
‘Sudah-sudah lah berbohong, tabur fitnah’, Khalid Samad nasihat Hadi Awang
8 jam lalu · Politik
Pembantu Muhyiddin dedah PAS pilih kawan demi kerusi, bukan kerana Melayu dan Islam
8 jam lalu · Politik
PRN NS: SPR sasar 90 peratus pengundi awal keluar mengundi
9 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS
4 jam lalu
[VIDEO] Peguam PH dakwa kenyataan Asyraf Wajdi boleh kelirukan rakyat, gesa PDRM dan SPR siasat
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok