Mohamed Azmin Ali.
Ikatan Prihatin Rakyat (IPR) mengumumkan penganjuran Konvensyen Rakyat pada 27 Jun ini di Kuala Lumpur, susulan kebimbangan terhadap tekanan kos sara hidup dan ketidaktentuan ekonomi yang semakin dirasai rakyat.
Dalam satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Muhyiddin Yasin hari ini, gabungan itu membincangkan pelbagai isu semasa termasuk cabaran ekonomi, peluang pekerjaan untuk golongan muda serta dakwaan kelemahan kerajaan dalam memupuk perpaduan nasional dan kestabilan politik.
Menurut kenyataan sekretariat gabungan itu, Mohamed Azmin Ali berkata IPR melihat rakyat semakin hilang keyakinan terhadap kemampuan kerajaan menangani isu asas seperti kemiskinan dan peluang pekerjaan berkemahiran.
“IPR merasai denyutan nadi rakyat yang kian tertekan dan memerlukan penyelesaian segera,” menurut kenyataan itu.
Gabungan yang dianggotai 12 ahli itu turut berpendapat situasi semasa membuka ruang kepada pembentukan gagasan politik baharu yang lebih segar dan inklusif bagi membangunkan semula negara.
Mereka menegaskan usaha tersebut perlu berteraskan kesejahteraan rakyat dan pemulihan keyakinan terhadap institusi negara.
Sebagai langkah awal, Konvensyen Rakyat yang dirancang bakal menghimpunkan kira-kira 1,200 perwakilan dari pelbagai latar belakang.
Perbincangan akan memberi tumpuan kepada isu ekonomi rakyat, pembaharuan politik dan tadbir urus, serta integrasi nasional.
Menurut kenyataan itu lagi, konvensyen berkenaan bertujuan merangka penyelesaian praktikal bagi menghadapi cabaran semasa.
“Konvensyen ini akan membahaskan isu-isu rakyat dan menyediakan penyelesaian yang bermakna demi menjamin masa depan yang lebih bermaruah untuk rakyat Malaysia,” katanya.
Polis siasat kandungan media sosial sentuh 3R berkait krisis Negeri Sembilan
Shamsul Iskandar rayu kes rasuah dipindah ke Mahkamah Tinggi
Pemuda Amanah Negeri Sembilan kekal bantah kerjasama dengan UMNO
Bekas ADUN DAP cadang penternak babi Selangor cabar larangan di mahkamah
Sanusi pelawa akar umbi UMNO bersama PAS, tolak UMDAP
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan