Annuar Musa.
Rundingan antara PAS dan UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan masih diteruskan walaupun pemimpin kedua-dua parti mengeluarkan kenyataan berbeza mengenai perkara itu.
Timbalan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Annuar Musa berkata, perbincangan melibatkan kedua-dua parti bukan sahaja membabitkan Negeri Sembilan, malah turut berlangsung di Johor sebagai persediaan menghadapi pilihan raya negeri.
Menurutnya, gambaran lebih jelas mengenai bentuk kerjasama dan strategi kedua-dua pihak hanya akan dapat dilihat selepas Barisan Nasional (BN) mengumumkan calon pada Rabu, diikuti Perikatan Nasional (PN) sehari kemudian.
“Rundingan dan perbincangan antara PAS dengan UMNO sentiasa berjalan termasuk di Johor dan Negeri Sembilan.
“Malam esok BN akan umumkan senarai calon, lusa PN. Daripada situ semua akan faham kenapa bentuk penamaan calon berlaku sedemikian,” katanya dipetik laporan media.
Beliau mengulas kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang memaklumkan rundingan dengan BN sedang berlangsung, namun kenyataan itu dinafikan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi.
Mengulas lanjut, Annuar berkata, Jawatankuasa PAS Pusat akan bermesyuarat pada malam Selasa bagi memuktamadkan senarai kerusi yang akan ditandingi parti itu sebelum diumumkan secara rasmi.
Katanya, mesyuarat yang dipengerusikan Abdul Hadi itu akan dihadiri kesemua 53 ahli Jawatankuasa PAS Pusat bagi memutuskan strategi terakhir menjelang hari penamaan calon.
PRN Negeri Sembilan menjadi tumpuan kerana bakal menjadi medan ujian penting kepada parti-parti utama selepas perubahan landskap politik negara sejak Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Persaingan dijangka sengit melibatkan gabungan kerajaan dan pembangkang yang masing-masing berusaha memperkukuh pengaruh di negeri itu.
Spekulasi mengenai kerjasama antara PAS dan UMNO mula hangat selepas Abdul Hadi mengesahkan wujud perbincangan antara kedua-dua pihak.
Namun, Ahmad Zahid menafikan terdapat rundingan rasmi, sekali gus mencetuskan pelbagai tafsiran mengenai hubungan politik antara dua parti Melayu terbesar itu.
ADUN Seri Serdang bidas kempen Sanusi, seru politik lebih matang
Manifesto PH fokus pelaburan dan pekerjaan bergaji tinggi
Pembantu Muhyiddin dedah PAS pilih kawan demi kerusi, bukan kerana Melayu dan Islam
PRN NS: SPR sasar 90 peratus pengundi awal keluar mengundi
Aminuddin beri jaminan tiada tanah rakyat terlibat dalam Projek Pelabuhan AI
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS
[VIDEO] Peguam PH dakwa kenyataan Asyraf Wajdi boleh kelirukan rakyat, gesa PDRM dan SPR siasat