Isham Jalil.
Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil menyambut baik kerjasama pilihan raya antara UMNO-Barisan Nasional (BN) dan PAS di Negeri Sembilan, sambil menyifatkannya sebagai langkah awal ke arah penyatuan ummah menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Menurut Isham, kerjasama itu merupakan usaha yang telah lama diperjuangkan dan diharap menjadi pemangkin kepada kerjasama lebih besar di peringkat nasional.
“Alhamdulillah UMNO/BN bekerjasama dengan PAS di Negeri Sembilan. Setelah sekian lama kita perjuangkan muafakat ini, kini kita mulakan penyatuan ummah di sini.
“Kejayaan ini akan mendorong penyatuan ummah di peringkat pusat dalam PRU16 nanti, insya-Allah,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Beliau turut menyenaraikan 25 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diumumkan BN untuk ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.
Daripada jumlah itu, UMNO akan bertanding di 16 kerusi iaitu Pertang, Sungai Lui, Palong, Jeram Padang, Lenggeng, Juasseh, Seri Menanti, Senaling, Pilah, Johol, Labu, Chembong, Rantau, Kota, Linggi dan Gemencheh.
Baki sembilan kerusi melibatkan komponen BN iaitu MCA dan MIC di Chennah, Bahau, Nilai, Temiang, Rahang, Seremban Jaya, Chuah, Sri Tanjung dan Repah.
Isham turut memaklumkan pengumuman calon serta kerusi yang akan ditandingi PAS dan Perikatan Nasional (PN) dijadual dibuat pada malam Khamis.
Dalam kenyataan sama, beliau mengulangi pendiriannya dengan slogan, “No Anwar, No DAP, No UMDAP. Yes to PAS, Yes to Penyatuan Ummah and Yes to UMNO Original.”
PRN Negeri Sembilan kali ini menyaksikan landskap politik berbeza apabila BN dan PAS mencapai persefahaman pilihan raya, sekali gus menamatkan persaingan antara kedua-dua parti di negeri itu.
Negeri Sembilan mempunyai 36 kerusi DUN dan selepas BN mengumumkan bertanding di 25 kerusi, baki 11 kerusi dijangka ditandingi PAS di bawah gabungan PN.
PRN NS: Pengundi tentukan kemenangan, bukan ramalan atau nujum
ADUN Seri Serdang bidas kempen Sanusi, seru politik lebih matang
Manifesto PH fokus pelaburan dan pekerjaan bergaji tinggi
Pembantu Muhyiddin dedah PAS pilih kawan demi kerusi, bukan kerana Melayu dan Islam
PRN NS: SPR sasar 90 peratus pengundi awal keluar mengundi
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS
[VIDEO] Peguam PH dakwa kenyataan Asyraf Wajdi boleh kelirukan rakyat, gesa PDRM dan SPR siasat