DAPSY bidas UMNO Johor, dakwa bersikap hipokrit

11 jam lalu · Politik

Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) membidas UMNO Johor sebagai hipokrit susulan pendirian untuk bergerak secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tanpa kerjasama dengan DAP.

Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) merangkap Ketua DAPSY Kebangsaan, Woo Kah Leong berkata, tindakan UMNO Johor itu bercanggah dengan kedudukan parti berkenaan yang masih menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

Menurutnya, alasan keputusan tersebut hanya melibatkan UMNO Johor dan tidak memberi kesan kepada hubungan antara parti dalam kerajaan tidak boleh diterima.

“Mungkin UMNO Johor di Planet A dan UMNO Selangor di Planet B dan sebagainya. Peliknya bila ada yang cuba katakan bahawa ini adalah keputusan UMNO negeri sahaja dan tidak menjejaskan hubungan di peringkat Persekutuan.

“Oleh itu, adalah hipokrit untuk kekal berkuasa di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri lain dengan bergantung kepada DAP, tetapi pada masa yang sama bersikap angkuh dengan mengatakan tidak ingin duduk semeja dengan DAP di Johor. Ini namanya hipokrit pro max,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dibuat ketika perbincangan mengenai kerjasama politik antara parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan kembali menjadi perhatian menjelang PRN Johor yang dijangka berlangsung tahun ini.

Dalam perkembangan sama, Kah Leong menggesa PH mempertahankan identitinya sebagai gabungan reformasi dengan bertanding di semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Beliau berkata, penyokong PH perlu diberikan pilihan untuk menyokong calon yang benar-benar membawa agenda reformasi dan pembaharuan, bukannya terpaksa mengundi parti lain yang didakwa tidak sehaluan dengan perjuangan tersebut.

“Sebagai Ketua Pemuda PH, saya sarankan supaya PH bertanding di kesemua kerusi di peringkat Parlimen dan juga semua negeri dalam PRU akan datang lantaran tindakan tikam belakang daripada 14 Ahli Dewan Undangan Negeri UMNO-BN yang merangkumi Timbalan Presiden UMNO merangkap Menteri Kabinet.

“PH adalah identiti reformasi dan pembaharuan. Oleh itu, adalah tidak adil untuk pengundi PH terus menyokong calon-calon parti lain yang lebih gemar budaya satu parti dominan atau terpalit dengan kes rasuah dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menegaskan DAPSY tidak pernah menuntut kuota khas untuk calon sayap pemuda bertanding dalam pilihan raya, sebaliknya menekankan kepentingan memilih calon yang memahami aspirasi generasi muda.

Katanya, umur bukan ukuran utama dalam pemilihan calon, sebaliknya keupayaan mereka menangani isu yang dekat dengan golongan muda seperti peluang pekerjaan, pengangguran dan reformasi pendidikan tinggi.

“Lebih baik calon yang dihantar parti adalah berjiwa anak muda dan mempunyai mentaliti untuk menyelesaikan masalah anak muda seperti pekerjaan dan pengangguran ataupun bersemangat untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

“Oleh itu umur calon bukannya masalah, isunya adalah mentaliti calon. Saya percaya calon-calon DAP adalah jauh lebih baik daripada parti lain dalam segi ini,” katanya.

Berita berkaitan
Tak dicalonkan dalam PRN bukan alasan sabotaj parti: Aminuddin
June 12, 2026· Politik
Anwar dakwa sikap tak sabar punca PRN Negeri Sembilan terpaksa diawalkan
June 12, 2026· Politik
Rumah Jamal disita: 14 barang akan dilelong 22 Jun
5 jam lalu· Politik
Bila Samsuri nak lantik Pengerusi PN Negeri Sembilan, PRN dah dekat: Sanjeevan
10 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
PKR bidas tindakan MP Petaling Jaya letak jawatan dalam parti
4 jam lalu · Politik
Fahmi kesal MP Petaling Jaya letak jawatan MPP PKR secara terburu-buru
11 jam lalu · Politik
Anwar gesa semua parti patuhi etika kempen PRN Johor, Negeri Sembilan
11 jam lalu · Politik
PAS bakal umum kerjasama dengan Hamzah selepas ‘ceraikan’ Bersatu
14 jam lalu · Politik
UMNO terima lebih 21,000 ahli baharu sejak Februari: Asyraf Wajdi
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok