Kerajaan akan bincang cadangan gubal Akta Antibuli, wujudkan sisten tribunal khusus

August 20, 2025 · Isu semasa

Cadangan untuk menggubal Akta Antibuli yang menggunakan sistem tribunal khusus bagi mendengar kes-kes buli membabitkan pelajar dan kanak-kanak akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet tidak lama lagi.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, memberitahu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, akan membentangkan cadangan tersebut dalam mesyuarat Kabinet untuk pertimbangan bersama.

“Beliau (Azalina) akan bawa ke mesyuarat Kabinet. Kita akan bincang di Kabinet,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan hari ini.

Cadangan penggubalan akta khas ini timbul berikutan laporan media semalam yang memetik Azalina berkata kerajaan akan mengkaji keperluan untuk mewujudkan undang-undang khusus bagi menangani isu buli dalam kalangan pelajar dan kanak-kanak.

Beliau menjelaskan pada masa ini, tiada undang-undang khusus yang diperuntukkan bagi kesalahan buli, sebaliknya kes-kes sedemikian hanya menggunakan Kanun Keseksaan dan undang-undang sedia ada.

Namun, Azalina mengakui wujud kebimbangan yang disuarakan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) memandangkan kedua-dua pelaku dan mangsa dalam kes buli seringkali melibatkan kanak-kanak yang sepatutnya dilindungi di bawah Akta Kanak-Kanak.

Cadangan ini mendapat perhatian serius kerajaan ekoran kes kematian pelajar Tingkatan Satu di Sabah, Zara Qairina Mahathir, pada 17 Julai lalu yang dikaitkan dengan isu buli dan mengejutkan seluruh negara.

Dalam perkembangan berasingan, timbul juga desakan supaya pihak berkuasa membuka semula siasatan jenayah terhadap kes kematian pelajar tahfiz, Allahyarham Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman yang ditemui maut dalam tandas sebuah maahad tahfiz di Kok Lanas kira-kira 12 tahun lalu.

Pada Disember 2013, Wan Ahmad Faris yang merupakan pelajar Tingkatan Empat ketika itu, dijumpai tergantung dalam tandas asrama Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman. Mayat dilaporkan dijumpai oleh penyelia asrama selepas menghidu bau busuk dari dalam tandas, dan hasil bedah siasat mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut tanpa sebarang unsur jenayah.

Cadangan penggubalan Akta Antibuli ini diharapkan dapat memberikan perlindungan lebih komprehensif kepada kanak-kanak dan pelajar daripada menjadi mangsa kegiatan buli yang semakin membimbangkan.

Berita berkaitan
PH umum calon PRN Melaka minggu depan
14 jam lalu· Politik
Anwar hubungi Prabowo, ASEAN digerakkan tangani jerebu
14 jam lalu· Isu semasa
Anwar, Presiden Myanmar adakan pertemuan empat mata: Bernama
22 jam lalu· Isu semasa
RM42.5 bilion hutang 1MDB sudah dibayar, kerajaan masih tanggung baki
22 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Jerebu: Agong titah sekolah tutup jika IPU 150 hingga 180
14 jam lalu · Isu semasa
MCMC siasat dakwaan AI hasilkan video seksual libat guru, pelajar
14 jam lalu · Isu semasa
Tiada lesen judi baharu dikeluarkan: MOF
20 jam lalu · Isu semasa
Kandungan palsu berhubung dua kematian pelajar, MCMC ambil tindakan
20 jam lalu · Isu semasa
RM5.2 bilion transaksi SARA direkod setakat September, 8.4 juta penerima
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok