Malaysia tak henti usaha bawa pulang Jho Low: Bukit Aman

September 8, 2025 · Isu semasa

Malaysia terus komited untuk bekerjasama rapat dengan agensi penguatkuasaan undang-undang antarabangsa dalam usaha membawa pulang ahli perniagama yang sedang diburu, Low Taek Jho atau Jho Low, bagi menghadapi pertuduhan di negara ini berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, setakat ini tiada bukti kukuh yang dapat mengesahkan laporan media antarabangsa yang mendakwa Jho Low, dalang utama skandal 1MDB, sedang menetap di China.

Kenyataan ini menyokong penjelasan yang telah diberikan sebelumnya oleh Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail.

“Menteri (Saifuddin) sebelum ini dalam kenyataannya juga menyatakan setakat ini dakwaan mengenai lokasi dan juga penggunaan pasport individu yang disebut itu (Jho Low) belum ditemui fakta sokongan ataupun mana-mana bukti yang sah dan sahih,” jelas JSJK dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Jabatan itu menegaskan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa aktif menjalinkan kerjasama yang erat dan berterusan dengan pihak berkuasa serta agensi penguatkuasaan undang-undang antarabangsa dalam usaha mengesan dan memastikan individu berkenaan dapat dibawa ke muka pengadilan.

Laporan media antarabangsa sebelum ini mendakwa Jho Low disyaki menetap di Shanghai dengan menggunakan identiti palsu iaitu pasport Australia atas nama Constantinos Achilles Veis.

Laporan tersebut turut mendakwa beliau tinggal di kawasan elit Green Hills, memandu kereta mewah, dan beroperasi dari pejabatnya di Pusat Kewangan Shanghai.

Lebih kontroversi, laporan itu juga mendakwa Jho Low kini berperanan sebagai penasihat strategik kepada kerajaan China.

Namun, JSJK menekankan dakwaan-dakwaan ini masih belum disokong oleh sebarang bukti yang kukuh dan boleh disahkan.

Kerjasama dengan pihak antarabangsa masih lagi diteruskan bagi menyelesaikan kes ini.

“KDN melalui PDRM sentiasa menjalinkan kerjasama erat dan berterusan dengan pihak berkuasa serta agensi penguatkuasaan undang-undang antarabangsa dalam usaha mengesan individu berkenaan,” jelas kenyataan tersebut lagi.

Usaha untuk menjejaki dan mengekstradisi Jho Low kekal sebagai satu keutamaan bagi pihak berkuasa Malaysia dalam memastikan keadilan ditegakkan berhubung skandal kewangan yang menggemparkan negara itu.

Berita berkaitan
Ebit Lew diperintah bela diri kes gangguan seksual
18 jam lalu· Isu semasa
Projek RM1.1 bilion: Bekas pembantu Rafizi sambung beri keterangan esok
April 28, 2026· Isu semasa
Parti Amanah nafi terlibat dalam isu dana zakat
April 28, 2026· Politik
Permohonan pindah kes rasuah Shamsul Iskandar ditolak mahkamah
April 28, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kesan krisis bekalan global dijangka dirasai sebulan dua lagi: Tengku Zafrul
May 1, 2026 · Isu semasa
Majikan diseru lebih prihatin terhadap pekerja: PMX
May 1, 2026 · Isu semasa
Global Sumud Flotilla: Nasib 10 aktivis Malaysia masih belum diketahui
May 1, 2026 · Isu semasa
Anwar rayu sokongan rakyat hadapi tekanan ekonomi
May 1, 2026 · Isu semasa
Kapal bantuan Gaza dipintas, Malaysia kecam tindakan tentera Zionis: Fahmi
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok