Pendedah maklumat rasuah GRS di Sabah berhimpun di depan SPRM, kecam Hajiji

November 14, 2025 · Politik

Kira-kira 100 orang peserta telah berkumpul secara aman di hadapan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pagi ini, mendesak tindakan segera terhadap beberapa Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sabah yang didakwa terlibat dalam skandal rasuah perlombongan.

Perhimpunan yang dikenali sebagai ‘Tangkap Jerung’ itu berlangsung selama hampir dua jam dengan peserta memakai pakaian hitam serta membawa plakad yang memaparkan wajah-wajah mereka yang didakwa terpalit.

Albert Tei, pendedah maklumat yang mengetuai himpunan itu, menggesa pengundi Sabah membuat penilaian bijak menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 29 November nanti.

“Jika anda mahu ‘jerung-jerung’ ini didakwa, jangan undi mereka. Sebab apabila mereka kalah, mereka tidak lagi mempunyai ‘nilai’ untuk dilindungi,” kata Tei dipetik laporan media.

Tei sendiri sedang berhadapan dengan tuduhan rasuah.

Para peserta turut memakai topeng berwajah Ketua Menteri Sabah sementara, Hajiji Noor, yang sebelum ini telah dilepaskan oleh SPRM daripada sebarang tuduhan salah laku.

Sejak siri pendedahan video bermula Nov tahun lalu, lebih 10 ahli politik termasuk beberapa menteri Sabah telah dikaitkan dengan skandal perlombongan berkenaan.

Namun setakat ini, hanya tiga individu yang didakwa iaitu Tei, bekas ADUN Tanjung Batu Andi Suryady Bandy dan bekas ADUN Sindumin, Yusof Yacob.

Tei didakwa menawarkan rasuah kepada ahli-ahli dewan undangan negeri, manakala dua lagi didakwa menerima sogokan berkenaan.

Berita berkaitan
SPR: 464 bakal calon beli borang di Negeri Sembilan
1 jam lalu· Politik
Tindakan PAS bersama UMNO bukan penyatuan Melayu, hanya penjajaran kuasa: Muhyiddin
2 jam lalu· Politik
PAS bayang landskap politik baharu jika BN-PN menang di Negeri Sembilan
2 jam lalu· Politik
Puad: Gila kuasa punca UMNO kembali dekati PAS
2 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Amanah: Ketakutan MCA bukti PAS sebenarnya pencetus Islamofobia
2 jam lalu · Politik
Pejuang tidak bertanding PRN Negeri Sembilan: Mukhriz
20 jam lalu · Politik
Saarani: Kerajaan BN-PH Perak kekal hingga DUN bubar, tidak berlaku seperti di Melaka
20 jam lalu · Politik
Samsuri sanggah Muhyiddin, rundingan dengan BN dapat restu PN
22 jam lalu · Politik
PRN NS: Dulu kecam UMDAP, kini Isham Jalil sokong penuh kerjasama UMNO-PAS
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok