Dua ‘Datuk’ ditahan SPRM terlibat dalam kes penyeludupan diesel

September 22, 2025 · Isu semasa

Dua individu bergelar ‘Datuk’ telah ditahan dalam satu operasi besar-besaran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membongkar sindiket penyeludupan diesel bersubsidi yang mengakibatkan kerugian dianggarkan mencecah RM247 juta kepada negara.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata sindiket yang disokong oleh elemen kongsi gelap ini beroperasi secara licin menggunakan syarikat berlesen yang sah.

“Syarikat ini bukan syarikat tidak berlesen, tetapi syarikat berlesen yang telah menyalahgunakan lesen mereka untuk tujuan penyeludupan. Setakat ini, tiada maklumat mengenai penglibatan VIP.

“Namun, dua daripada yang ditahan memiliki gelaran Datuk,” kata Azam dalam sidang media hari ini.

Beliau mendedahkan sindiket tersebut menjalankan aktiviti haram mereka secara sistematik dengan menggunakan kemudahan logistik seperti kapal tangki dan jaringan di kawasan strategik termasuk Bintulu, Sarawak.

“Kegiatan ini melibatkan pengumpulan minyak termasuk dari pihak nelayan, kemudian dipindahkan secara tidak sah untuk dibawa keluar menggunakan laluan tersusun yang mengelakkan pemantauan pihak berkuasa,” katanya.

Siasatan yang bermula sejak tahun lalu itu adalah hasil aduan awam dan Azam menekankan siasatan menyeluruh sedang dijalankan dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi mengesan sebarang unsur pengubahan wang haram dan pengelakan cukai untuk tempoh sehingga 10 tahun ke belakang.

“Kita akan lihat bukan hanya pada kesalahan semasa, tetapi juga siasat pemilikan, aliran kewangan, dan kegiatan mereka sejak 10 tahun lepas,” tegas Azam.

Beliau turut mengesahkan anggaran kerugian RM247 juta itu mungkin meningkat selepas siasatan forensik kewangan selesai.

“Jumlah ini hanyalah permulaan. Dengan tindakan pemulihan dan penalti yang dikenakan, saya percaya kerajaan akan memperoleh semula jumlah yang lebih besar,” ujarnya lagi.

Mengenai tindakan susulan, Azam menjangkakan syarikat terlibat akan disenaraihitam dan didakta di bawah Akta SPRM serta Akta Pengubahan Wang Haram.

“Saya percaya syarikat ini perlu disenarai hitam dan tidak lagi dibenarkan menerima apa-apa bentuk subsidi atau kelulusan daripada kerajaan,” ujarnya.

Operasi yang dinamakan ‘Op Karen’ ini adalah kesinambungan daripada ‘Op Liter’ tahun lalu.

Berita berkaitan
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
19 jam lalu· Isu semasa
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
20 jam lalu· Isu semasa
Hadi: Jangan guna isu rasuah jatuhkan lawan
September 4, 2026· Politik
AG digesa semak semula 47 kes pertuduhan Zahid: Rayer
September 3, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
2 jam lalu · Isu semasa
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
16 jam lalu · Isu semasa
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
19 jam lalu · Isu semasa
Pegawai IT lesap RM20,000 ditipu tawaran ‘cash out’ BNPL
21 jam lalu · Isu semasa
Jerebu makin teruk IPU Serian cecah 521, Anwar bincang tindakan dengan Sarawak
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok